Tuesday, June 2, 2009

LAWAN ARUS 2

ADAKAH WAHABI TALI BARUT BRITIS FREEMASON 2 ???

Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Abdul Wahab adalah instrumen yang sesuai yang boleh digunakan mereka untuk membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap soal undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat Islam.

(Gambar) Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.

Syeikh Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.

Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Abd Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.

Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Satu tahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.

Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.

Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila Britsh Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama’-ulama’ boneka Wahabi.

Kontraktor-kontraktor boneka mula diberanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya membina masjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai suatu projek mempromosi aktiviti “Bunuh Diri Untuk Agama” di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam ialah Osama anak kepada Laden.

Osama yang berfahaman Wahabi ini tahu strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat ia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000. Kenapa pasukan Mujahidin di Afghanistan senang menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia. Cuma yang menyedihkan adalah pasukan Mujahidin yang berhati mulia di sana tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon terhandal keluaran Freemason iaitu Rothschild.

Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan Keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi Keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild. Matlamat tercapai, untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek, adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.

Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos-kos pembinaan masjid seluruh Arab Saudi.

Dalam 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik berbincang tentang peranan beliau dalam agenda One World Government sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka-boneka rangkaian Illuminati.

Diterjemah dan diubahsuai dari artikel David Livingstone, penulis buku The Dying God: The Hidden History of Western Civilization

P/S: artikel ini aku kutip dari http://dajjal.wordpress.com,just nak buka pada perbincangan dan pembuktian dengan dalil2 yang kukuh,pandangan yang aku kemukakan dalam artikel ini bukan mengambarkan pandangan peribadi aku tapi untuk membuka sudut pandang yang lain dalam diskusi isu ini.

5 comments:

Anonymous said...

Salam.Ini pandangan T.G H. Abdul Hadi Awang tentang wahabi...

Wahabiah

Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud. Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.

Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Semasa mereka menguasai Mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.

Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kesemua mereka yang disebut di atas adalah daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya.

Kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
10 November 2006
http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=15

mujahid said...

artikel ini mungkin ada benar dan ada salahnya.Kalau tgk keluarga saud hari ini mereka seakan2 tali barut freemason.Tapi x dinafikan peranan syeikh muhammad bin abdul wahab dalam menyekat amalan bidaah dalam masyarakat.tapi ana x setuju mana dengan ijtihad beliau menentang kerajaan turki uthmaniah.Sahabat2 blh nyatakan kenapa syeikh muhammad abdul wahab ijitihad demekian??

ADAKAH OSAMA PENGGANAS? said...

teori Osama bin Laden sebagai kambing hitam dan agen yahudi untuk mempopular konsep ISLAM RADIKAL dan melabelkan ISLAM itu PENGGANAS serta memesongkan konsep SYAHID memang ada benarnya.

buktinya

sehingga kini OSAMA masih lagi GAGAL DITANGKAP.

gagal atau SENGAJA DIGAGALKAN?
adalah hampir mustahil dengan teknologi ketenteraan amerika sekarang mereka gagal menjejaki osama.

bila saya baca artikel ini teringat saya kisah

THE HUNTING PARTY.

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Hunting_Party_(2007_film)

claimed sebagai based on true story.
kisah bagaimana sepasang journalist membongkar rahsia udang disebalik batu mengapa peengganas perang konflik bosnia-serbia Radovan Karadzic gagal dijejaki.
mengapa dia SENGAJA tidak ditanglap oleh UN,dan dibiarkan bebas bergerak. semuanya demi kepentingan negara2 UN.
satu plot dimana journlaist ini dengan MUDAH dapat menjejaki Radovan Karadzic yang konon2nya digembar gemburkan oleh UN sebagai amat licik dan pandai menyamar.tiba2 datang pula satu team CIA bukan untuk membantu mereka tetapi untuk mengelakkan Radovan Karadzic daripada ditangkap.CIA mereka satu tactical plot agar Radovan Karadzic nampak seolah berjaya meloloskan diri.
sungguh pelik.

malas nak cerita panjang2.anda boleh tengok sendiri.

teknik melabel islam sebagai pengganas mmg berjaya.

kredit kepada pengebom2 berani mati yang mengebom orang awam diluar kawasan konflik peperangan.(yg meletupkan diri bukan ditempat berlakunya peperangan)

sugguh kejam!

tugas umat islam adalah untuk mendakwah orang yahudi dan nasrani agar masuk kedalam islam.bukannya untuk berperang dengan mereka.
apabila dakwah kita ditentang, barulah konsep dakwah

HIDUP BERJUANG MATI TERBILANG
boleh dilaksanakan.

dakwah tidak sehebat mana, sudah berani mati untuk membunuh orang kafir.

ingatlah sesungguhnya orang kafir itu boleh mempersoalkan tanggungjawab amal makruf nahi mungkar kita terhadap dia di dunia ini apabila hari akhirat kelak.

Amermeftah said...

aku ingat nak post balik mendalah yg aku tulis tima perang lubnan thn 2006 dulu

y.mercury said...

adakah sheikh muhammad bin abd wahhab menentang khilafah uthmaniyyah dan menjadi tali barut british dan yahudi utk menjatuhkan khilafah? selain dari membaca teori2 orientalis, baca juga jawapan2 ini:

1. jawapan dari Islam Q&A (english):
http://islamqa.com/en/ref/9243/

2. jawapan dari al-ahkam.net: http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=printview&t=28138&start=0

3. jawapan dari Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq (terjemahan oleh al-ahkam.net, sila download): http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=Downloads&file=index&req=viewdownloaddetails&lid=4&ttitle=Adakah_Syeikh_Muhamad_bin_Abdul_Wahab_Pemberontak

4. jawapan dari islamtoday.net: http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-24195.htm

5. jawapan dari islamweb.net:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=38667&Option=FatwaId

6. jawapan audio dari sheikh ‘aid al-qarni (pengarang buku Laa Tahzan):
http://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=audioinfo&audioid=21869 (sila klik rakaman no. 9)