Thursday, June 4, 2009

JAWAB ISU 2

PMRAM mmg ade masalah. Pmram pon bias dlm certain hal spti isu izinterbit buku dr Manhal Pmram, membelakangkan ulama-ulama tertentu dan memuja Syeikh Nuruddin Banjari yg Mekkah sgtla kononnye, sbg nak memuaskan nafsu menghalalkan bid'ah

Ini artikel kedua yang aku tulis untuk betulkan sedikit mengenai silap faham dan isu yang dinyatakan oleh TSP.Mengenai isu izin terbit buku,PMRAM melalui BPnya telah menjawab isu ini berkali2 dan isu inilah yang sering ditanyakan oleh ahli PMRAM sendiri kepada pimpinan mereka.Ak teringt lagi aklam yang dijawab oleh us Muiz mengenai isu ini ;

"PMRAM berdaftar dengan syuun ijtimaie Mesir dan pihak kerajaan mesir sendiri telah menetapkan bahawa mana2 buku yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia di Mesir mesti ada tanda dan cop PMRAM.Cop PMRAM ni macam ISBN yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada mana2 pihak yang nak terbit buku di Malaysia"

alah berapa sgtlah keuntungan yang PMRAM amik bila guna cop dia.PMRAM x kaya mana pun klau dapat komisen dr buku tu.Kita ni kalau duduk kat mana2 tempat kenalah ikut resam dan undang2 tempat tu.Pepatah Melayu pun ada sebut masuk kandang kambing mengembik masuk kandang harimau mengaum(kalau silap sorilah).Imam Hassan Al Banna sendiri pernah nasihatkan ikhwan agar taat dan patuh pada undang2.

Pasal MANHAL atau Markaz Pengumpulan Kajian dan hasil Penyelidikan Pmram adalah satu badan yang ditubuhkan oleh PMRAM untuk membuat kajian mengenai isu2 yang berkait dengan agama Islam dan mengumpulkan hasil kajian penuntut2 azhar di sini.Selain itu juga Manhal juga bertanggungjawab untuk memastikan setiap bahan yang diterbitkan oleh PMRAM mengikut manhaj ilmu agama yang betul.Sahabat2 suma boleh baca hasil kajian baru MANHAL mengenai isu hak penjagaan anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah seorang muallaf.



Istilah memuja Syeikh Nuruddin adalah tidak tepat,kerana syeikh Nuruddin adalah seorang ulama yang diiktiraf ilmunya dan PMRAM mengadakan kelas bersama Syeikh Nuruddin sebagai menambah tsaqafah ilmu ahlinya.TSP kena sedar bahawa antara syeikh Nuruddin dan PMRAM sendiri ada banyak pertelingkahan pendapat namun biasalah adat seorang manusia memang ada perbezaan pandangan di antara kita.Namun kita hendakalh menjaga adab2 dalam berikhtilaf dan biarlah pendapat dan hujah kita dipandukan berdasarkan Iman dan Taqwa bukannya nafsu semata2.



Disini,ada sedikit pesan buat TSP,walaupun kita ada berbeza pendapat dengan golongan ulama namun kita hendaklah menjaga adab2 dengan mereka.Kita mesti ingat bahawa golongan ulama adalah pewaris nabi2.Sahabat2 kena ingat bahawa golongan ulama walaupun mereka berbeza pendapat sesama mereka,namun mereka masih menjaga adab2 sesama mereka.Antaranya ialah:


  1. Tidak memaksa orang lain mengikut pendapat yg dianuti olehnya selagi mana perselisihan yg berlaku berada dalam kategori 'al-mukhtalaf fih'
  2. Tidak mengingkari pihak yg berlainan pendapat dengannya: Tidak mengeji dan tidak melemparkan tuduhan bidaah atau sesat kepada orang yg tidak sependapat dengannya.
  3. Tidak sombong untuk kembali kepada kebenaran apabila yakin dirinya tersilap dan tidak berasa mudarat jika kebenaran terzahir daripada pihak lain.
  4. Menjauhi masalah-masalah yg menyebabkan fitnah, pergaduhan dan huru hara.
Kita renung balik kalam Imam Syafie mengenai Imam Ahmad Bin Hambal walaupun mereka berbeza pendapat dalam ilmu fiqh :

kalau kita tak arif dalam sesuatu bidang x payahlah kita komen.Ingat dalam satu hadis nabi Muhammad S.A.W :


Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)” [Hadith riwayat Ahmad]

Dalam era kita bebas menulis sebagai seorang blogger,xder saper2 yang boleh menghalang kita untuk menyebarkan maklumat,namun sebagi seorang muslim kita masih terikat dengan adab dan panduan yang telah digariskan oleh Islam untuk menyebar dan menyampaikan maklumat.Semoga kita sering menjaga adab2 kiat dalam setiap kehidupan.Walaupun kita mengaku sebagai sufi@salafi@haraki,namun kalau kita tidak menjaga adab2 dan berakhlak mulia kita tidak layak untuk meletakkan gelaran tersebut atas badan kita.

P/S: Setiap artikel yang diambil dari sumber2 yang lain,sahabat2 boleh klik hyperlink dalam pada maklumat tersebut untuk mendapat kepastian yang jelas dan tepat mengenai kalam2 atau istilah tersebut.

4 comments:

ustaz syauqi said...

Assalamualaikum.. tulisan enta memang berfakta dan bukan beremosi dan bukan bernafsu dan bukan nk tunjuk lagak hebat.Bagus,muslimin macam ini lah yang kita nak.Merendah diri dlm menyampaikan sesuatu dan menegakkan kebenaran berdasarakn fakta .Kpd bloger2 sekalian tak kira siapa2..blog anda semua suka hati anda nk tulis apa-apa,tp jagalah benda2 yg perlu dijaga.jangan kutuk ulama-ulama.anda rasa hebat sangat dr ulama ke kutuk mengutuk ni.? berlapang lah dada dalam mendengar nasihat.*siapa makan cili dia terasa.

Bohemian Virtuoso. said...

wsalam wbt.

Nak ajak ustaz syauqi makan cili sekali la. hehe.

Aku bz skit kudin, wat video utk minggu palestin. Nak rakam lagu utk minggu palestin lg.

Nnti da kurang bz, aku jwb. Nway bagusla ko camni.

Tgkla camane nnti. hehe

Papehal ukhuwwah.

Zian X-Fly said...

Salam kenal aja

Mr_17 said...

wat sahabatku fakhruddin...bolehkah saudara jelaskn pd hamba apa sbenarnya yg ingin disampaikan oleh post jwb isu1 dan 2....shbtmu ini kurg pham tp dpt la ambk sket2 mklumat...plezzzz.....boleh send ikutb email