Monday, June 22, 2009

INGATAN BUAT PEJUANG

Terkini Harakah Daily melaporkan tiada lagi isu kerajaan Perpaduan. hasil pertemuan pimpinan utama PR telah membuat keputusan yang tepat. Bukan kerana isu asal kerajaan perpaduan tersebut, tetapi apabila isu tersebut telah dimanipulasi , maka idea asal telah disalah tafsir.

Manisan yang diharapkan menjadi arak apabila salah simpan dan salah diuruskan. Alhamdulillah akhirnya manisan yang menjadi arak yang memabukkan itu dibuang. Harapan orang yang ingin ramai yang mabuk kerana meminum arak itu juga hancur.

Apa yang penting, kini ialah merapatkan saf dan ukhuwwah yang tergendala kerana salah sangka dan kekeliruan yang melanda. Masa untuk bermuhasabah. Ternyata isu yang melanda , mendedahkan kepada kita betapa rapuhnya tarbiah dalam jamaah. Mudahnya satu isu mencabut rasa kasih dan ukhuwwah. Hilang segala jasa yang sekian lama di bina. Tiada lagi baik, melainkan semua busuk belaka.

Harus diingat! PAS hanya memerlukan satu bentuk tarbiah sahaja. Tiada lagi kerencaman dan kepelbagaian cara tarbiah di bawa dalam jamaah. Wehdatul fikr dan wehdatul amal mesti diteraskan semula dalam setiap pembinaan pendokong kita. Lajnah tarbiah dan dewan ulama seharusnya melihat kepincangan ini dengan bersungguh. Jangan biarkan ahli jamaah PAS membawa watak dan idea jamaah mereka sebelum ini. Jangan rosakkan kesatuan fikrah pendokong PAS.

Selagi pelbagai bentuk aliran dibiarkan dalam PAS dengan alasan kebebasan, maka selagi itulah perpecahan akan menjadi barah. Kepada bekas ahli ABIM, JIM dan mana mana jamaah Islam, harus ingat anda memilih untuk berjuang dengan PAS. PAS miliki tarbiah tersendiri. Walau sejauh mana anda mengkagumi tarbiah bekas jamaah anda... anda mesti patuh kepada tarbiah PAS jika anda ingin menjadi ahli PAS.. jika tidak...cukuplah anda berkerja sama dengan PAS tanpa perlu menjadi ahli apatah lagi menjadi pemimpin PAS! Tiada usrah lain bagi ahli PAS selain usrah dan tarbiah PAS!

Kita lihat selepas ini, andai ada lagi yang meniupkan isu kerajaan perpaduan, maka itulah sebenarnya perosak jamaah! cukuplah bagi pemimpin yang menjaja isu kerajaan perpaduan dalam ceramah umum. bermula hari ini, kita tunggu dan lihat, siapa yang tak senang duduk apabila isu kerajaan perpaduan ditutup. yang saya pasti mereka adalah umNO! atau mungkin munafiqin seperti di zaman saidina Ali dan Muawiyyah yang telah saya posting sebelum ini.

P/S: dipetik dari anaksengat.blogspot.com Ayuh pimpinan dan setiap ahli Pas semoga sedikit ujian yang Allah bagi pada kita sebelum ini memberi ibrah yang cukup besar dalam perjuangan.Kita masih lagi tidak berdepan dengan ujian yang lebih besar namun sedikit tiupan angin telah menimbul satu taufan yang sangat besar.Di mana silap kita semua,kalau kita betul2 bersedia nak gerakkan dan kuatkan jemaah sehingga mampu menegakkan Islam di Malaysia,setiap pihak patut pelajari betul2 adab2 berjemaah.Janganlah satu hari nanti kita runtuhkan jahiliah yang lama tapi kita dirikan balik jahiliah yang baru.

No comments: