Tuesday, June 2, 2009

JAWAB ISU 1

Dalam post kali ini,aku cuba menjawab beberapa silap faham yang dikemukakan oleh sahabatku tan sri penkt(che-detde2nd.blogspot.com).Dalam post kali ini mungkin aku tersilap faham maksud yang tersirat dari kalam TSP namun ak cuab menjawab ikut kefahaman dan pengetahuan yang ak dapat.Aku hanya menumpukan pada artikel beliau bertajuk "KALO LEPAS MODERATOR MEMANG JAMBU" pada 29 Mei 2009.


Syiah juga merupakan golongan yang mencanak dalam membawa kebencian kepada golongan salafi (baca: WAHABI). Mereka berjaya mewujudkan trend kebencian ini sehingga golongan-golongan sufi turut sama menjadi benci kepada golongan salafi sepertimana isu wahabi-anti-wahabi di kalangan mahasiswa Mesir yang masih berlarutan.

Fakta ni tidak berapa betul kerana penentangan golongan sufi pada wahabi bukan kerana trend kebencian yang diwujudkan oleh golongan syiah tetapi kerana wahabi mengaharamkan semua tariqat2 kesufian.Sahabat2 kena memahami bahawa Syeikh Muhammnad bin Abdul Wahab mengharamkan tariqat kesufian pada zaman beliau disebabkan oleh kesesatan yang melampau yang telah dilakukan oleh sesetengah tariqat sufi apda masa tersebut,namun adalah silap untuk kita mengharamkan semua tariqat kesufian yang ada di dunia ini.Ini kerana ada sebahagian tariqat kesufian yang memang betul2 menepati syarak dan tidak bercanggah denagn syarak.Kita semua kena menyedari bahawa jasa golongan sufi dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu adalah sangat besar,kerana golongan inilah yang telah berjaya mengislamkan penduduk Tanah Melayu pada masa itu.Namun kita tidak menafikan bahawa ada sestengah golongan sufi yang memang bercangagh dengan ajaran Islam.Di Mesir ini sendiri bukan sedikit tariqat2 kesufian yang sesat.Namun tidak adil jikalau kerana segelintir golongan sufi yang sesat kita terus mengharamkan ajaran tasauf dan mengikut tariqat sufi.

Mahasiswa Azhar ada yang bercanggah pendapat dengan wahabi bukan kerana pengaruh yang disebarkan oleh syiah kerana mereka juga anti pada syiah yang bukan dari golongan ASWJ.Mereka bercanggah pendapat kerana ada sesetengah orang wahabi yang mengata golongan ulama sehinggakan hilang hormat mereka pada sesetengah ulama. Selain itu,mereka juga meyakini bahawa ada khilaf di kalangan ulama kerana pemahaman setiap dari mereka terhadap Al Quran adalah berbeza-beza dan tidak salah buat golongan ulama yang mempunyai ilmu yang sahih untuk berijtihad bahkan ijtihad mereka diberi pahala dan kita orang awam hendaklah menghormati golongan ulama kerana mereka adalah pewaris nabi2. Ini berbeza dengan sesetengah wahabi yang terus menutup pintu ijtihad dan khilaf dan hanya menganggap bahawa pendapat mereka sahaja yang betul.


Untuk kes kita di Malaysia, mereka cuba menggunakan Singapura dalam menggugat kestabilan negara, mereka menggunakan kaum Cina di Malaysia dalam menggugat kestabilan kaum Melayu yang tak bape stabil, dengan mempergunakan isu-isu equality, hak sama rata, kononnya Malaysia mengamalkan dasar Apartheid. Yang mereka mahukan hanyalah untuk melemahkan umat islam di Malaysia. Memang secara teori Islam menganjur kepada equality dalam perkara ekonomi. Tetapi dalam kes negara multi-racial seperti Malaysia, teori ini masih belum boleh dipraktikkan. Anda boleh rujuk status perkembangan ekonomi kaum Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain. Sebab itu kerajaan sedang tergesa-gesa dalam meningkatkan prestasi kaum Melayu dalam banyak aspek, terutamanya ekonomi, seperti menambah jumlah profesional-profesional melayu dalam banyak bidang; Program Medik Timur Tengah!



Pendapat ini berbau racist dan bgi aku tidak berapa tepat sebab musuh-musuh islam(zionist,freemason,illuminiti,USA,British) mereka bukan sahaja mempergunakan bangsa lain sebagi tali barut mereka tetapi mereka juga menggunakan sebahagian dari pemimpin Melayu Islam sebagai tali barut. Sejarah telah menunjukkan bahawa kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu diserahkan oleh British pada anak buah mereka yang mendapat pendidikan dan asuhan dari British. Kita semua kena menyedari bahawa perjuangan kemerdekaan pada awalnya digerakkan oleh golongan Ulama dan golongan kiri. Di saat PEKEMBAR pada masa itu melaungkan slogan Hidup Melayu,PKMM telah melaungkan slogan merdeka. Golongan Ulama juga telah berkumpul di Gunung Semanggol menubuhkan Hizbul Muslimin untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun akhirnya penat lelah mereka telah dihilangkan dari sejarah dan yang menuai hasil adalah tali barut British. Kita juga kena menyedari bahawa siapakah yang telah menjual Singapura pada Lee Kuan Yew dan menjual air dan tanah yang murah pada Singapura??

Aku juga berpendapat bahawa untuk menjaga dan memelihara kedaulatan Tanah Air bukanlah dengan meniupkan semangat perkauman yang melampau tetapi menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Kita semua kena mengambil iktibar dari sirah nabi Muhammad S.A.W yang telah membuat sahifah Madinah (perlembagaan Madinah) yang menjaga kebajikan semua kaum yang ada di Madinah termasuk Yahudi dan dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa semua penduduk Madinah hendaklah mempertahankan Madinah dari serangan musuh.

Teori equality memang tidak berapa tepat kerana sebagai penduduk asal tanah Melayu,orang melayu mempunyai beberapa hak2 keistimewaan dan kedaulatan agama Islam perlu dipertahankan dan penganut agama lain tidak boleh melawan status quo agama Islam. Namun dari sudut menjaga kebajikan setiap penduduk Malaysia, orang cina dan orang india yang miskin dan susah hendaklah dibantu dan hak-hak agama lain untuk beribadah juga hendaklah dijaga. Itulah keindahan Islam yang menyebabkan Islam mendapat tempat dihati penduduk asal mana-mana tempat sewaktu era perluasan wilayah Islam. Namun apabila kita terlalu menjaga puak kita sahaja walaupun dalam keadaan batil (assabiah) keindahan Islam tidak akan dilihat oleh golongan bukan Islam.

Program Medik Timur Tengah hendak menguntungkan bangsa melayu atau menguntungkan kocek2 chukong ayng terlibat???Cuba fikir sejenak adakah kita mampu mengislamkan golongan bukan Islam kalau mereka belajar di ardul Kinanah ini??



P/S : Sorilah kalau tulisan aku kali ini serabut sangat,aku x thu nak ubah macam mana baru bertatih dalam dunia bloggers. Tulisan merah tu dari TSP dan yang hijau tu dari aku,mana2 yang ak x qoute tu kira aku setuju ah

3 comments:

saing said...

wooh, kemah kuding... bg bukti fakta dr mane2 skek, baru tamboh kemah.. beyeh ding, hidup pemuda pas!!

Amermeftah said...

Boleh jadi, boleh jadi saja, mereka, pelajar Azhar itu, lebih kuat nampaknya menentang wahabi kerana wahabi lebih dekat di depan mata mereka, kalau syiah ada dekat di depan mata mereka mungkin kuat juga mereka menentangnya.

Amermeftah said...

Zaman Nabi, ketika Nabi mula-mula sampai di Madinah, ekonomi dipegang Yahudi, tapi adakah Nabi menggunakan DEB?