Monday, September 22, 2008

TAZKIRAH 2

Oh Ramadhan 1

Sedih mengenangkan Ramadhan sudah hampir ke penghujung.Dalam hati ini terdetik adakah Ramadhan kali ini merupakan medan tarbiah terbaik untuk diriku atau Ramadhan kali ini akan berlalu begitu sahaja tanpa memberikan sedikit makna kepada diriku.Sepanjang berada di tanah air aku dapat melihat seolah-olah masyarakat memandang enteng bulan Ramadhan

Ramadhan bukan sahaja bulan puasa tapi Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran.Namun berapa ramai yang sedar mengenai perkara ini.Kita menyambut nuzul Al-Quran tapi kita sendiri tidak bersedia menerima hukum-hukum dari Al-Quran.Pada bulan inilah kerasulan nabi Muhammad S.A.W bermula selepas turunnya wahyu yang pertama.Ini merupakan sejarah besar ketamadunan dunia kerana pada saat inilah cahaya Islam mula menerangi dunia.Pada saat inilah bermulanya satu era yang bakal merubah keadaan dunia pada masa itu dan masa-masa yang akan datang.Namun berapa ramai diantara kita yang sedar mengenai perkara ini.Aku teringat kalam Ibrahim bin Adham bahawa ada 5 tahap manusia menghargai peranan al-Quran:
  • Mereka membaca Al-Quran
  • Mereka menghafaz ayat-ayat Al Quran
  • Mereka mendalami makna-makna ayat Al-Quran
  • Mereka mempelajari tafsir ayat Al-Quran
  • Mereka meyakini bahwa Al-Quran adalah penyelesaian kepada setiap masalah dalam kehidupan manusia
Kita tanya pada diri kita pada hari ini adakah kita telah menjadikan 5 perkara tersebut sebagai rutin harian kita.Ingatlah bahwa runtuhnya tamadun Islam pada hari ini kerana meninggalkan ajaran Al-Quran

No comments: