Sunday, September 14, 2008

TAZKIRAH 1


NIAT KUNCI TERPENTING IBADAH

"Dari Amirul Mukmini Abu hafs Umar Bin Al Khattab R.A katanya: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap seseorang apa yang ia niatkan .Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya kepada Allah dan rasulnya.Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia ingin perolehi atau perempuan yang ia ingin kahwini,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya."


Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam kitab bab iman manakala imam muslim meriwayatkan hadis ini dalam bab imarah (kepimpinan).Hadis ini merupakan satu hadis yang mempunya martabat yang tinggi dan merupakan salah satu dari asas islam kerana segala perkara agama terkandung di dalamnya.

Kebanyakan ulama salaf mengatakan hadis ini salah satu dari asas-asas agama Islam,antaranya:
  1. Abdul Rahman Bin Mahdi mengatakan bahawa kalau dikarang satu kitab daripada beberapa kitab maka hadis ini akan dikarang dalam tiap-tiap bab
  2. Ibnu Raja' mengatakan bahawa imam bukhari meletakkan hadis ini dipermulaan kitabnya sahih bukhari kerana amalan yang tidak berlandaskan niat pada Allah akan menjadi batil dan tidak ada keuntungan di dunia mahupun apatah lagi di akhirat.
  3. Imam syafie mengatakan bahawa hadis ini merupakan 1/3 dari perkara agama dan terdapat 70 bab fikah didalamnya

Nabi Muhammad S.A.W telah mengumpulkan segala perkara dunia dalam hadis ini iaitu segala amalan adalah berdasarkan niat dan ini menunjukkan bahwa segala amalan yang dilakukan di dunia ini hendaklah berlandaskan niat pada Allah.Niat yang dinytakan dalam hadis ini adalah qasad,iaitu melakukan ibadah dengan sedar bukan sengaja dan bukan melafazkan niat didalam hati.

Terdapat dua perkara yang terkandung didalam niat iaitu,niat membezakan amalan ibadah dengan ibadah yang lain seperti puasa dilakukan dengan niat puasa dan solat dilakukan dengan niat solat.selain itu niat juga menunjukkan ibadah itu dilakukan ikhlas kerana Allah dan bebas dari syirik kepada Allah seperti berniat untuk menunjukkan diri kepada orang dan terbatal ibadah itu kerana riak.

Ada sesetengah ulam yang meriwayatkan hadis ini disebut kerana ada seorang lelaki yang berhijrah keran seorang perempuan,dan perempuan itu dikenali sebagai Ummu Qis dan lelaki itu terkenal sebagai muhajir Ummu Qis.Namun ada ulama yang mengkaji daripada sanad hadis ini seperti Ibnu Raja' dan Ibnu Hajar mengatakan bahawa peristiwa itu hanyalah dilakukan sebagai contoh sahaja dan bukanlah perkara sahih yang berlaku dalam peristiwa hijrah para sahabat.

Allah tidak menilik seseorang hamba bukan berdasarkan pangkat dan paras rupa tapi Allah menilai seseorang hamba berdasarkan hati seseorang iaitu berdasarkan ikhlasnya sesorang melakukan ibadah kepada Allah dan ini menunjukkan bahwa niat merupakan satu perkara yang penting dalam sesuatu ibadah.Niat bukan hanya disandarkan kepada perkara sunat dan wajib sahaja tetapi perkara harus yang disandarkan pada Allah akan diberi pahala oleh Allah seperti menanam pokok.Ini kerana hadis nabi S.A.W mafhumnya sesiapa yang menannam pokok dan buahnya dimakan oleh burung akan diberi pahala oleh Allah.

Perkara yang penting disini marilah kita sama mengikhlaskan niat kita kerana Allah dalam setiap perkara dan semoga setiap perkara yang kita lakukan dibalas oleh Allah taala.Marilah kita sama meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadhan kali ini.

p/s: dipetik dari kuliah subuh Tuan Guru Haji Hadi di masjid rusila




No comments: