Wednesday, September 17, 2008

Fikrah Daie 1

Daie berpecah umat punah

Salam perjuangan buat para daie semua,entah 2,3 hari ini saya rasa tak sedap hati melihat 2,3 posting para sahabat yang bertelingkah mengenai hal-hal khilafiah.Dikala umat ini dilanda pelbagai bencana dari setiap segi,akhlak mereka makin runtuh,hidup mereka makin jauh meninggalkan agama,sehinggakan kehidupan agama menjadi satu taboo dalam masyarakat,tapi kita sebagai para daie sibuk berbalah mengenai perkara khilafiah,sehinggakan kita melupakan aspek-aspek yang lebih penting dalam kerja dakwah kita pada hari ini.Apakah kita tidak merasa bersalah berbalah mengenai perkara-perkara sunat tapi kita melupakan perkara-perkara wajib yang ditinggalkan oleh masyarakat kita pada hari ini :
  • Kita semua asyik berbalah mengenai tahlil sedangkan beribu-ribu umat ini masih kosong mengingati Allah.Hidup mereka sentiasa kosong dari mengigati Allah.Adakah lebih baik kalau kita sama-sama berusaha agar masyarkat kembali balik mengingati Allah dalam setiap kehidupan mereka.Kita renung balik kisah Saidina Abu Bakar R.A yang mengigit batu-batu kecil didalam mulutnya ketika memasuki tandas agar mulutnya tidak menyebut nama-nama Allah dalam tandas.
  • Kita pada hari ini ada yang asyik berbalah mengenai doa qunut sedangkan begitu ramai lagi masyarakat yang tidak solat.Dimanakah tanggungjawab kita dalam menyeru masyarakat kembali pada tiang agama kalau para daie asyik menyalahkan antara satu sama lain yang wahabi mengatakan sufi sesat yang sufi mengtakan wahabi sesat.Akhir sekali kita merasa kita gagah dalam kelompok kita tapi kita tidak sedar bahawa umat ini tenggelam dalam banjir kufur,syirik,zalim,dan fasik pada Allah.
Kita melihat bagaimana seorang ulama yang berhikmah dan berakhlaq pada ilmunya menjawab apabila ditanya mengenai keadaan Hizbullah yang pada masa itu diserang oleh Israel,adakah kita perlu membantu mereka disaat itu sedangkan mereka adalah golongan syiah??.Ulama itu menjawab "Syiah ibarak kudis di tubuh kita.Israel ibarat singa yang bersedia menerkam kita.Mana yang perlu didahulukan merawat kudis atau mempertahankan diri dari serangan singa??".Tengoklah para sahabat bagaimana seorang daie menyelesaikan persoalan-persoalan yang lebih penting buat umat Islam dengan mengenepikan perbezaan aqidah antara ASWJ dan Syiah.Dimana kita pada hari ini.

Sedarlah para sahabat bahawa perbezaan itu ketetapan Allah.Tanpa hitam kita tidak akan kenal warna putih dan warna-warna lain.Dengan perbezaan warna hidup menjadi indah,berwarna warni.Bayangkan jika jari tangan mempunyai saiz yang sama,tentu amat susah kita hendak menyuap makanan.Ulama mazhab masing-masing telah berijtihad dengan nas-nas masing dan kita semua boleh mengambil mana- mana pendapat yang sesuai dengan tempat kita.Ketahuilah kita semua bahawa perbezaan pendapat itu ada 3 perkara :
  • Perbezaan pada dasar aqidah antara haq dan batil.Contoh perbezaan Islam dengan agama Nasrani dan Yahudi
  • Perbezaan pada Qaidah Kulliyah (kaedah umum) antara haq dan batil.Contoh perbezaan Islam dengan sekularisme
  • Perbezaan pada Furu'iyyah antara betul dan salah.Contoh perbezaan masalah-masalah fiqh,namun kita kna ingat walaupun ulama silap dalam berijtihad namun Allah tetap beri satu pahala dan kita sebagai orang awam pun ada sandaran dalam beribadah.
Menyentuh isu tahlil yang hangat dibincgkan oleh para sahabat,kita mesti ingat bahwa ulama nusantara mengadakan tahlil untuk menjalankan dakwah pada masyarakat.Cuba kita bayangkan dalam keadaan masyarkat melayu yang susah nak ke surau@masjid tahlil di rumahlah tempat terbaik untuk para ulama mendekati dan mengingatkan masyarkat mengenai kehidupan beragama.sebagai para daie memang kita tak blh nafikan bahwa tahlil merupakan satu medan dakwah yang terbaik untuk masyarkat melayu pada hari ini.Namun,kita tidak menafikan bahawa adat tahlil dalam masyarakat pada hari ini menyusahkan orang miskin.Sedangkan Nabi S.A.W pernah bersabda ketika kematian sepupunya Abdullah bin Abi Talib dalam perang Mutaah,baginda mengarahkan agar para sahabat menyediakan makanan untuk keluarga Abdullah bagi mengembirakan hati mereka.Itulah konsep sebenar yang diajar oleh Islam apabila menghadapi kematian.Tapi cuba kita fikirkan balik dalam keadaan masyarkat yang individualistik pada hari ini adakah kita mampu melaksanakan sunnah tersebut.

Kesimpulan marilah kita sebagai daie teguhkan kesatuan kita,kita bincangkan sahaja perkara-perkara cabang dalam perbincangan ilmiah yang tertutup kerana kalau kita bincangkan secara lumat didepan khalayak umum kita tidak akan mampu selesaikan masalah tersebut.Ingat sejarah kejatuhan kerajaan Islam Patani,di saat menghadapi penjajahan Siam mereka asyik berbalah mengenai perkara cabang sehingga melupakan tanggungjawab jihad dan kita lihatlah apa yang berlaku pada hari ini.Kepada para daie jadilah kita ini orang yang mendidik masyarakat dengan agama bukannya menjadi orang yang menghukum masyarkat.Kita adalah daie bukannya Qadi

8 comments:

Anonymous said...

kuding,

ya, aku pun sedih, kat post aku tu pun aku dah ckp aku mls nak panjangkan pasal benda tahlilan2 ni. diorg yg komen bnyk2, aku kena jawab la.

pasal bab buat tahlil nk dakwah, dan bab apap yg lain skali pun, niat tidak menghalalkan cara. kenapa tidak ambil cara yg memang sunnah untuk berdakwah? oleh kerana mu orang PAS, nah aku bagi link kat mu apa kata TG NIK AZIZ tentang tahlilan, aku malas nak bincang dah: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/terbaik-dari-harakah/index.php?option=com_content&task=view&id=11948&Itemid=90

kalau nak kata aku pecah-belah masyarakat, aku dah jawab dekat posting lama:
1. http://another-brick-in-the-wall.blog.friendster.com/2008/07/monolog-dalaman-penjelasan-isu-semasa-part-2/
2. http://another-brick-in-the-wall.blog.friendster.com/2008/08/bukan-survey/

adakah boleh mengajak manusia ke party liar dan mengumpulkan mereka di sana sebab nk buat dakwah?

sebab apa tak boleh nak lawan yahudi? sebab masalah kembali pada qur'an dan sunnah pun tak selesai lagi. bukankah janji kemenangan itu utk org yg tetap teguh dgn qur'an dan sunnah? maka kembalilah pada sunnah yg sahih, bukan amalan nenek moyang.

Anonymous said...

tambahan, link2 yg saya letak tu tak boleh klik kat sini. kalau nak juga, sila cari link2 tu kat komen saya di blog saya. klik pada 'another brick in the wall 2'.
wassalam.

Anonymous said...

salam saudara kudin.sungguh bernas article tersebut.Tp yg menyedihkan selagi kita bersuara selagi itu org yg mendakwa mereka salfi ini membidas balik.Hanya Allah sahaja yg tahu niat masing..menghalalkan cre ke tak ke,TUhan yg tahu btol tak niat kita,selari tak niat kita itu.di ayg berhak kpd hambanya.wsalam.

Anonymous said...

Tak perlu lah kita bertelagah dalam bab khilaf ni,seperti yg kudin nyatakan ia hanya boley pecah belahkan manusia.contohilah akhlak Imam Syafie dalam menangani isu khilaf muktabar ini. sikap yang ditunjukkan oleh Imam Syafi'iy sendiri ketika berkunjung ke Kufah yang bermadzhab Hanafi, ketika ditolak menjadi Imam, Imam Syafi'iy tidak membaca qunut dan tidak sujud sahwi. Bila ditanya kenapa beliau tak baca qunut, Imam Syafi'iy jawab, aku segan dengan Imam Hanafi dan menghormati madzhabnya.Contohi lah beliau,hormat lah satu sama lain..tak perlu lah nk hentam2 tuduh dia wahabi salafi la apa la.

Anonymous said...

komen aku kat atas ni aku tuju terutamanya HAMba Allah.Jagn main tuduh je.

mujahid said...

ak hormati pandangan yang diberikan oleh another brick in the wall,bagi ak tiap orang ada pandangan tersendiri asalkan pegangan mereka berdasarkan nas,itulah adalah yang terbaik buat mereka,ak bersetuju bahawa tahlil mmg xder nas dan ak dah bgitau dalam artikel diatas ttg cara yang sebenar dan ak juga tidak bersetuju dengan sesetengah golongan yang seolah-olah memberatkan masyrakat dengan adat bukan ibadat,cuma marilah kita sama-sama berlapang dada,maybe org yg berpegang pada tahlil ada nas tersendiri sb islam agama fleksibel dgn situasi setempat,namun di sana yang tak bersetuju dgn tahlil ada pndgn sndri,masing-masing blh memilih nas dan pihak mana yang mereka nak ikut,dan ak x kata mana-mana pihak cuba memecah belahkan masyarakat cuma skrg ni kita kna thu prioriti kita kat mana je,masing-masing dah sebar dakwah masing-masing dan InsyaAllah setiap usaha baik yang dibuat pasti ada ganjaran

Anonymous said...

kalau org yg berpegang dgn tahlilan ada nas, bawak datang. saya pun teringin nak belajar. kalau takde nas, takutlah akan tegahan Allah:

"dan janganlah kamu ikut apa yg kamu tidak ada ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, dan penglihatan, dan hati, semuanya itu akan disoal (diminta pertanggungjawaban)" [al-israk 17:36]

dan saya nak tegur hadis yg sahabat saya kudin bawak dlm posting ni. ditulis di situ "kematian sepupunya Abdullah bin Abi Talib". sedangkan dalam hadis sebut "kematian JA'FAR bin Abi Talib". di sini saya bawakan matan dia:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ : { اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ }.

maksudnya: sabda Rasulullah saw bila tiba kematian Ja'far bin Abi Talib: 'buatkanlah utk keluarga Ja'far makanan kerana telah datang kpd mereka apa yg menyulitkan mereka' (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah, kitab jana'iz, juz 24)

nasihat utk semua, apabila membawa hadis, pastikan apa anda tulis, pastikan kesahihannya, dan letak sumber rujukan, itulah tanggungjawab org yg menaqalkan hadis.

selamat beribadah di 10 hari terakhir drp Ramadhan..

wassalam.

Bohemian Virtuoso. said...

aah, betolla matan hadis yg yasir gtau tu. riwayat abu daud&tarmizi. islam ni fleksibel la jgk kot. tp taklehla nk ikut tempat camtu2 je. smestinya stp amalan ibadat tu bsandaran dr Nabi saw. asal ibadat haram mlainkan ade dalil bgnya..kalo muamalat asalnya harus, tp jika ade dalil ttgnya then barulah jatuh hukumnya.

Walaupun bnda2 yg kte bincang ni adalah perkara khilaf kudin, tp kte tak boleh nak biar aje sampai kiamat. kenela tegur mane yg salah, anjurkan yg betol. Kesan yg kte tak nampak disebalik usaha membersihkan blik amalan2 ibadat dr bid'ah ni adalah kefahaman islam kte snirik.

selama ni "jurang gaya hidup" antara yg alim dan org awam agak jauh. Nak berdoa ape2, mtk tlg tok lebai, walhal bleh bdoa snirik dan bnyak cth2 laen. mudah kate, bnyak amalan2 yg da jd adat walhal tak bsandaran dr nabi, menyusahkan muslim dan kasik kesan pd fahaman org2 awam tu.

semoga kte leh balancekan antara tajdid & dakwah.. nway ustaz zam pesan, jgn gado2.