Monday, September 15, 2008

JEJAK PEJUANG 1

Tuan Guru Abdul Samad Noh:Pengasas Pas Perak siri 1

Salah seorang tokoh politik Islam terpenting di Perak selepas Ustaz Abu Bakar al-Baqir ialah Tuan Guru Abdul Samad Noh. Beliau ialah pengasas dan penggerak utama PAS di Perak pada 1950-an sehingga PAS lebih awak berkembang dan berpengaruh di negeri ini.
Satu keistimewaan Abdul Samad ialah beliau lahir dalam lingkungan kesedaran politik Islam dan gerakan antipenjajah kerana Kampung Lalang tempat tumpah darahnya itu berdirinya Pondok Sheikh Junid Thola, Madrasah ad-Diiniah.

Sheikh Junid dikatakan semenjak 1930-an menggerakkan kesedaran tentang kewajipan menegakkan Negara Islam dan di pondok beliaulah bangkitnya gerakan antipenjajah menerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Yang Dipertua Agung PAS, Dato` Mohd Asri Muda merupakan bekas guru pondok ini sebelum berkahwin dengan Ketua Dewan Muslimat PAS, Datin Sakinah Junid Thola.

Abdul Samad dilahirkan pada 1917 di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Lalang, kemudian memasuki madrasah ad-Diiniah, Kampung Lalang. Beliau menerima didikan langsung daripada Sheikh Junid Thola, ulama lepasan Universiti al-Azhar yang berasal dari Tanapuli, Sumatera sehingga membentuk kesedaran politik.

Beberapa tahun kemudian Abdul Samad berhijrah ke Madrasah al-masriyah, Bukit Mertajam dan berguru dengan Sheikh Salleh Masri, seorang lagi ulama lulusan Universiti al-Azhar. Pada 1935, beliau berangkat ke Makkah dan mula belajar di Masjidil Haram di bawah bimbingan alim ulama di sana. Abdul Samad kemudian memasuki Madrasah Shaulatiyah al-hindiyah,sebuah pusat pengajian islam aliran India di Makkah.

Pengajian di Madrasah Shaulatiyah amat mempengaruhi jiwanya.Ketika memasuki madrasah ini pada 1935,madrasah ini baru sahaja ditinggalkan oleh pelajar-pelajar melayu kerana satu isu perkauman yang dibangkitkan oleh perisik British,Abdul Majid Zainuddin.British beruasaha untuk menghalang pelajar melayu memasuki madrasah ini kerana guru-gurunya amat anti penjajah dan pelajarnya sering terpengaruh dengan gerakan nasionalisme India.

Pada 1944,Abdul Samad terlibat menubuhkan Melayu Makkatul Mukarramah,sebuah pertubuhan politik pelajar Melayu dan Indonesia dan beliau dilantik menjadi Yang Dipertua Tenaga melayu yang pertama.Tenaga Melayu kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Parti Indonesia Merdeka dan Persatuan Anak-Anak Patani membentuk satu barisan menentang penjajah.Pada 1946,Tenaga Melayu menghantar telegram kepada Dato’ Onn Jaafar untuk menyokong gerakan anti Malayan Union

No comments: