Sunday, May 17, 2009
Saturday, May 16, 2009
KONSPIRASI WABAK SELSEMA BABI 1
Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.
Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.(namun terbaru 2 kes swine flu telah dijumpai di Malaysia)
Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.
Permulaan Konspirasi Selsema Babi
Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.
Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.
Perkara itu ialah …
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.
Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?
Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.
Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.
Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.
Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.
Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?
Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;
“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”
Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?
P/S:artikel ini dipetik dr http://ibnuyaacob.com
Tuesday, May 5, 2009
HAKIKAT SYUKUR
Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya), “Bersyukurlah pada Allah Azzawajalla (akan segala nikmat-Nya pada mu)” Dan sesiapa yang bersyukur maka faedah itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi Nya) kerana Allah Maha kaya lagi Maha terpuji.
(Luqman,12)
Dalam ayat ini Allah taala telah mengurniakan nikmat akal,kefahaman dan percakapan yang benar kepada Luqman, lalu Allah telah memerintahkan kepada Luqman agar bersyukur pada-Nya diatas nikmat yang telah dikurniakan.
Ibn ‘Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda “ Luqman bukanlah seorang nabi tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir,berkeyakinan tinggi, maka Allah mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata : “ Tuhanku! Sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan kepadaku , maka aku dengar dan taat,sesungguhnya engkau akan memeliharaku.” Kita dapat melihat bagaimana sikap Luqman Al Hakim apabila dikurniakan kelebihan daripada Allah beliau menzahirakan kesyukuran beliau dengan tunduk dan patuh pada Allah. Cubalah kita bandingkan diri kita pada hari ini dengan Luqman Al Hakim dalam menzahirkan syukur kita pada Allah taala.
Kalau kita menyelesuri ayat-ayat Al Quran, kita akan bertemu dengan pelbagai bentuk ayat berkenaan syukur.
Anehnya kita sanggup berterima kasih dan terhutang budi terhadap seseorang yang telah memberi sesuatu yang remeh temeh, tetapi melupakan rasa terima kasih terhadap kuasa agung yang menjadikan dan memudahkan setiap perlakuan seharian kita. Nikmat hidup,akal dan rezeki yang kita dapat semuanya merupakan saluran kearah sifat pemurah Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Pada zahiranya orang itu memberi, lalu kita pun merasa, bila orang berbudi kita pun berbahasa. Justeru hanya Allah yang Maha Berbudi.
Islam menganjurkan penganutnya agar tahu mengenang budi, terutama melalui solat fardhu
Justeru kita diajar supaya mengerakkan lidah dan hati untuk mengingati Allah supaya segala nikmat duniawi yang diperolehi dari pelbagai sumber tidak dapat mengelabui mata hati, dan tidak juga terpaut dengan kesenangan duniawi. Semoga ia tidak akan mendinding hati dari melihat hakikat sebenat tentang kurnia Allah itu.
Wednesday, April 8, 2009
KISAH HIDUPKU 1
Aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu,tapi dibesarkan di Dungun,Terengganu.Aku mendapat tarbiah awal dari keluargaku.Pada mulanya diri ini merasa terseksa hidup dalam kelurga yang mengongkong hidupku.Bayangkan waktu menonton tv dikawal dan semua adik beradik lelaki diwajibkan solat di masjid.Namun makin lama diriku merasa beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang memberi tarbiah islamiah pada setiap anaknya.
Ayahku dilahirkan di kampung pedalaman,namun atukku dan nenekku memang orang beragama.Atukku merupakan bilal di kampungnya dan orang yang dihormati dlam kg tersebut.Atukku juga terkenal sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.Menurut mak saudarau,moyangku merupakan keturunan syed yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islam di kawasan tersebut.
sebagai seorang yang baik dan beragama.Beliau merupakan pengikut tariqat naqsyabandi dan terkenal sebagai PakLah baik.Aku tak sempat berkenalan dengan lebih lanjut dengan atukku kerana beliau meninggal sewaktu umurku 10 tahun.Namun saat aku bersama beliau aku memang pernah melihat kesungguhan atukku mendekatkan dirinya pada Allah S.W.T.
Namun walaupun berasal dari tempat berlainan dan perwatakan yang berbeza,mereka merupakan pejuang agama Allah.Kedua-dua atukku merupakan penyokong PAS.Walaupun org kg mereka terkenal dengan semangat kebangsaan bersama UMNO,namun mereka tetap Istiqamah dalam memperjuangkan Islam.
Aku berpendapat pembentukan peribadi seorang anak yang soleh mestilah dilahirkan dari kedua-dua ibu bapa yang soleh.Jarang2 berlaku ibu bapa yang meninggalkan hukum hakam agama dan mengabaikan pendidkan agama dalam diri anak2 mereka mampu melahirkan anak yang soleh.Betullah kata2 hukama' pembinaan baitul muslim mestilah melalui pembinaan Fardhi muslim.Aku ingin berpesan pada diriku dan diri sahabat-sahabat sekalian marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita sebagai persediaan sebagai ibu bapa yang mampu memberi tarbiah yang baik kepada anak-anak yang menjadi beban amanah kepada setiap ibu bapa