Monday, December 29, 2008

Kalamku Kembali

Alhamdulillah..Setelah sekian lame menghilangkan diri akhirnya aku mampu utk menyambung kembali blog ini..InsyaAllah bermulanya tahun baru ini, ianya akan dimuatkan dgn pelbagai isu2 yg kiranya mmpu memuaskan hati pembaca..

Harapanku moga2 kehadiran tahun bru ini mmpu m'bri satu suntikan kpd kita utk terus menegakkan agama Allah..Segala yang berlalu dapatlh dijadikan satu pemangkin utk terus berubah kearah seorang hamba yang pastinya disukai dan dirindui oleh Allah taala..

Pastinya tahun baru ini juga akn m'jd bukti teetegaknya ISLAM spt yg dijnjikn oleh Rasulullah..Ternyata kebangkitan ISLAM semngkn m'jd realiti dan obor ISLAM yg dahulunya suram kini sdh mula mengeluarkan cahayanya..
-PENA GHULAM-

Thursday, September 25, 2008

Kalam Pimpinan 3


Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda akan marah jika digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.Kita dalam PAS jangan jadi budak - budak nakal. Malu kita..

Nik Abduh Nik Abd Aziz,Exco Dewan Pemuda Pas Pusat



TAZKIRAH 3

Bila Berjanji Sebutlah Insyaallah

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu : sesungguhnya aku akan memberitahu atau mengerjakan esok pagi.Kecuali dengan menyebut Insyaallah dan ingatlah kepada tuhanmu apabila kamu lupa dan katakanlah : mudah-mudahan tuhanku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya
(Al-Kahfi ayat 23-24)

Apabila ulama membincangkan sebab nuzul ayat ini adalah apabila musyrikin Quraisy selalu bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai beberapa perkara antaranya berkenaan dengan kejadian alam dan kisah-kisah umat terdahulu,lalu Allah S.W.T terus menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W bagi menjawab pertanya tersebut.Ini menyebabkan baginda S.A.W berasa yakin bahawa wahyu akan turun setiap kali persoalan diajukan kepada baginda.Beberapa orang pemuka Quraisy telah berjumpa dengan ahli kitab Yahudi di Madinah bagi mengadu mengenai seorang pemuda yang telah mengaku dirinya sebagai utusan Allah di Makkah pada masa itu,lalu ahli kitab telah memberi 3 soalan kepada pemuka Quraisy untuk dikemukakan kepada Rasulullah S.A.W. Antara soalan-soalan tersebut adalah :
  • Kisah Ashabul Kahfi
  • Kisah Iskandar Dzulqarnain
  • Persoalan mengenai roh
Ahli kitab tersebut menyebut bahawa jikalau pemuda tersebut berjaya menjawab kesemua soalan tersebut dia bukanllah utusan Allah dan jikalau dia tidak dapat menjawab kesemua soalan pun dia bukan rasulullah.

Sekembalinya pemuka Quraisy ke Makkah,mereka telah bertanya kepada nabi Muhammad S.A.W mengenai Ashabul Kahfi,lalu Rasulullah S.A.W menjawab esok baginda akan menjawab soalan tersebut,tapi pada malam itu Allah tidak menurunkan wahyu berkenaan perkara tersebut.Rasulullah S.A.W menunggu wahyu diturunkankeesokan harinya namun tidak turun.Pembesar Quraisy telah mengejek bahawa Rasulullah S.A.W merupakan penipu dan ini menyebabkan dada baginda sebak.Hampir 2 minggu barulah Allah menurunkan surah Al-Kahfi bagi menjawab persoalan tersebut dan diakhir kisah Ashabul kahfi Allah telah menyebut ayat ini untuk memberi pengajaran kepada nabi Muhammad S.A.W mengenai adab membuat janji.

Kita semua mesti menyedari bahawa ayat ini bukan sahaja diturunkan kepada Rasulullah S.A.W sahaja tapi juga merupakan panduan kepada umatnya.Kita dapat melihat situasi umat Islam pada hari ini,berpa ramai di antara kita yang menabur janji tapi tidak menyebut Insyaallah.Baru-baru ini kita dihebohkan mengenai pertukaran kerajaan pada 16 September oleh seorang ketua pembangkang namun adakah membuat kenyataan dengan menyebut Insyaallah.Kita mesti menyedari bahawa setiap sesuatu yang terjadi pada hari ini adalah ketetapan Allah dan sesuatu akan berlaku apabila diizinkan oleh Allah.Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

Namun perkara pelik yang terjadi dan menyelubungi pemikiran umat islam pada hari ini bahawa sebutan Insyaallah hanyalah diucapkan apabila kita ingin melanggar janji tersebut.Ini menyebabkan perjanjian yang diucapkan dengan Insyaallah tidak kuat dan tidak dapat dipercayai.Perkara ini merupakan satu kesilapan besar kerana ayat diatas merupakan dalil yang cukup kuat bahawa setiap perjanjian hendaklah disertakan dengan ucapan Insyaallah.Jikalau kita tidak mampu melakukan sesuatu janji hendaklah kita mengelakkan janji tersebut dan janganlah menyebut Insyaallah bagi melepaskan diri.

Marilah kita sama-sama berubah dan mengamalkan adab Islam yang sebenar dan janganlah kita pandai-pandai mengubah sesutau adab yang ditetapkan oleh Allah kerana ini hanyalah memburukkan adab dalam Islam.Kita mesti menyedari bahawa perlakuan kita dipandang oleh orang lain dan jikalau kita seolah-olah menggunakan agama untuk melarikan diri dari sesuatu masalah ini akan memburukkan nama baik Islam itu sendiri.


Tuesday, September 23, 2008

Bicara Haraki

Wala' Pada Pimpinan

Entah kenapa hati ini berdebar-debar melihat bicara politik dikalangan ahli-ahli gerakan Pas di dalam internet.Situasi pada hari ini seolah-olah ada yang terlalu ghairah membicarakan hal pertukaran kerajaan sehingga melupakan adab-adab berjamaah.Dalam hati aku adakalanya terdetik adakah kita berjuang dalam Pas untuk menjatuhkan Umno semata-mata ataupun untuk mendaulatkan Islam.Kita dapat lihat pada hari ini,bagaimana ada sesetengah ahli dan pimpinan Pas yang hanya menyokong pimpinan yang menyokong plan 16 september sahaja dan mengutuk pimpinan yang tidak senada dengan mereka.

Aku pelik kenapa ada sesetengah ahli yang seolah-olah tidak memahami bahawa Pas sebagai gerakan Islam ada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam membuat sesuatu keputusan dan para pimpinan parti tidak akan berbuat satu keputusan tanpa merujuk pada syura.Sebagai ahli jamaah kita mestilah wala' pada keputusan pimpinan yang berlandaskan syura walaupun tidak sesuai dan mengikut kemahuan kita.Sedarlah bahwa keputusan yang diputuskan melalui syura merupakan keputusan terbaik kerana mendapat rahmat dan redha dari Allah.

Beberapa hari lagi kita akan berada dalam bulan Syawal,marilah kita merenung balik peristiwa perang Uhud yang berlaku pada bulan tersebut.Kerana menyangka tentera Islam telah menang,ada diantara pasukan pemanah telah alpa pada perintah Rasulullah agar tidak meninggalkan tempat mereka kerana merebut harta ghanimah,akhirnya Khalid Al Walid telah berjaya mengucar-kacirkan tentera islam.Seperti yang kita ketahui tentera Islam terpaksa berundur ke arah suatu teluk di bukit Uhud bagi menyusun tindakan baru.Cara ini akhiranya berjaya menyelamatkan keadaan.

Marilah kita sama-sama ambil iktibar dari peristiwa Uhud agar kita sama-sama perkemaskan balik gerakan kita.Marilah kita sama-sama wala' pada arahan pimpinan selagi tidak bertentangan dengan syara'.Terimalah apa sahaja keputusan yang dibuat oleh jamaah dengan fikiran terbuka kerana jamaah tidak akan memutuskan apa-apa keputusan tanpa syura dan memikirkan baik dan buruk.Selain itu juga,kukuhkan ukhwah sesama kita kerana kekuatan ukhwah sesama kitalah yang memperkukuhkan jamaah yang kita dokongi ini.Insyaallah selagi jamaah ini berpegang pada Al-Quran dan Sunnah selagi itulah perjuangan yang kita dokongi mendapat mardhatillah.


Kalam Pimpinan 2

Pada sepuluh malam terakhir Ramadhan,umat islam digalakkan menghidupkan malam itu kerana Allah SWT akan kurniakan satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.Nabi Muhammad S.A.W sepanjang malam terakhir berjaga dengan mengisi amal ibadat melakukan qiamullail,membaca al-Quran dan berdoa.Malah nabi pernah mengar Siti Aisyah doa pendek sepanjang malam : "Ya Allah,kamulah maha pengampun dan maha pemurah,maka kamu menyukai keampunan maka ampunilah kesalahanku" .Bacalah doa ini berulang-ulang untuk mohon keampunan dan kemaafan kepada Allah.Kerana malam itu adalah malam lebih baik dari 1000 bulan

petikan kata: Ustaz Ahmad Awang,Naib Presiden Pas dalam harakah bilangan 1377

Monday, September 22, 2008

TAZKIRAH 2

Oh Ramadhan 1

Sedih mengenangkan Ramadhan sudah hampir ke penghujung.Dalam hati ini terdetik adakah Ramadhan kali ini merupakan medan tarbiah terbaik untuk diriku atau Ramadhan kali ini akan berlalu begitu sahaja tanpa memberikan sedikit makna kepada diriku.Sepanjang berada di tanah air aku dapat melihat seolah-olah masyarakat memandang enteng bulan Ramadhan

Ramadhan bukan sahaja bulan puasa tapi Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran.Namun berapa ramai yang sedar mengenai perkara ini.Kita menyambut nuzul Al-Quran tapi kita sendiri tidak bersedia menerima hukum-hukum dari Al-Quran.Pada bulan inilah kerasulan nabi Muhammad S.A.W bermula selepas turunnya wahyu yang pertama.Ini merupakan sejarah besar ketamadunan dunia kerana pada saat inilah cahaya Islam mula menerangi dunia.Pada saat inilah bermulanya satu era yang bakal merubah keadaan dunia pada masa itu dan masa-masa yang akan datang.Namun berapa ramai diantara kita yang sedar mengenai perkara ini.Aku teringat kalam Ibrahim bin Adham bahawa ada 5 tahap manusia menghargai peranan al-Quran:
  • Mereka membaca Al-Quran
  • Mereka menghafaz ayat-ayat Al Quran
  • Mereka mendalami makna-makna ayat Al-Quran
  • Mereka mempelajari tafsir ayat Al-Quran
  • Mereka meyakini bahwa Al-Quran adalah penyelesaian kepada setiap masalah dalam kehidupan manusia
Kita tanya pada diri kita pada hari ini adakah kita telah menjadikan 5 perkara tersebut sebagai rutin harian kita.Ingatlah bahwa runtuhnya tamadun Islam pada hari ini kerana meninggalkan ajaran Al-Quran

Sunday, September 21, 2008

JEJAK PEJUANG 3

Tuan Guru Abdul Samad Noh:Pengasas Pas Perak Siri 2

Abdul Samad kembali ke Perak sekitar 1947 dan menjadi guru dibeberapa sekolah.Beliau mengajar di Madrasah Islahiah,Sungai Buyor.Oleh kerana itu beliau telah tersisih dari rakan-rakannya.Kebanyakan rakan beliau menyertai PKMM dan API kerana menentang penjajahan British,tetapi Abdul Samad telah menyertai Umno kerana dipelawa oleh Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab.

Ketika Hizbul Muslimin ditubuhkan pada 1948,beliau masih lagi menjadi ahli Bahagian Agama Umno.Walau bagaimanapun,pada 1949,beliau kembali ke kampong halamnnya di Padang Rengas untuk menghidupkan semula pondok di sana.Pembinaan Pondok Padang Rengas terbengkalai selepas Perang Dunia Kedua ekoran kematian Sheikh Junid Thola pada 1948.Beliau mendirikan pondok yang dinamakan Madrasah Yahyawiyah.

Madrasah Yahyawiyah berkembang pesat semenjak awal 1950-an sehingga menerima pelajar dari seluruh Negara termasuk dari Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei.Antara pelajar madrasah ini yang terkenal ialah Ustaz Hassan Shukri,bekas Timbalan Presiden Pas.Madrasah Yahyawiyah juga turut menjadi pusat gerakan sekolah-sekolah agama rakyat di Perak pada 1950-an terutama dalam perjuangan menuntut bantuan perkapita daripada kerajaan ketika Laporan Razak sedang disediakan pada 1956.

Abdul Samad juga telah mempelopori penubuhan Persatuan Guru-Guru Madrasah Agama Rakyat (PGMR) Perak dan beliau sendiri menjadi Yang Dipertuanya.Ketua Pemuda Pas,Ustaz Hassan Adli Mohd Arsyad dari Madrasah Al-Ulum As-Syari’yyah pula menjadi setiausaha PGMR.

Pendirian politik Abdul Samad terhadap Umno mulai berubah apabila parti itu menjalankan kegiatan haram seperti menganjurkan judi,loteri,kaberet danfunfair untuk mengisi dana bangunan Ibu Pejabat Umno.Para ulama dalam Bahagian Agama Umno telah bertindak menubuhkan PAS dan beliau sendiri turut menjadi ahli PAS semenjak 1951,tetapi tidak memegang apa-apa jawatan ketika itu.

Saturday, September 20, 2008

Kalam Pimpinan 1


PAS menjadikan Islam sebagai tunjang dalam perjuangan.Jatuh dan bangun PAS selama ini adalah berdasarkan Islam.PAS pernah menjadi pembangkang,memerintah kerajaan negeri,membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional,semuanya berdasarkan ajaran Islam.PAS bersedia menyertai kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk dengan syarat majoriti ahli parlimen dalam kerajaan adalah beragama Islam,ini kerana amanah Islam yang dipegang dan dipikul oleh PAS.Ini hanya mampu dicapai dengan ahli-ahli parlimen Umno menyertai PAS atau PKR.PAS juga bersedia berbincang dengan Umno dengan syarat kepentingan Islam diletakkan di atas.PAS mempunyai 22 ahli parlimen sekarang ini,dan ini menunjukkan PAS merupakan kunci terpenting dalam pembentukan mana-mana kerajaan.Orang bukan islam tidak perlu bimbang kerana Islam merupakan agama yang adil dan pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang adil untuk semua.

Dipetik dari ucapan Tuan Guru Haji Hadi di ceramah Badar Qubra di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin,Sura Gate Dungun pada 20 September 2008

BEDAH BUKU



Syabab Musafir Kasih
Karya: Fatimah Syarha


Karya Fatimah Syarha ni memang best.Aku memang dah teringin nak baca buku ni sejak aku duduk kat mesir lagi,alhamdulillah pulang saja ke Malaysia,aku berpeluang juga untuk menghabiskan buku ini.

Buku ini merupakan satu panduan dan modul bagi para pendakwah untuk berdakwah pada anak muda.Kak Fatimah memang seorang penulis berbakat untuk mencorakkan balik ilmu-ilmu agama dalam karya kreatifnya.Mungkin satu hari nanti kak Fatimah mampu menjadi seperti Pak Hamka yang merupakn seorang ulama dan penulis novel agama.

Di saat novel-novel popular yang bercorak cinta yang melalaikan para remaja,kehadiran buku ini di pasaran diharap mampu membentuk balik golongan remaja kembali pada Islam dan menjadikan Islam satu gaya hidup bukan agama ritual semata-mata.Karya seperti ini memang ditunggu-tunggu untuk membentuk balik generasi muda yang mampu membebaskan balik umat islam dari penjajahan minda seperti mana hasil karya sasterawa era 40-50 an yang mampu menyuntik semangat anak muda untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah British.

Buku ini mengisahkan seorang insan yang bernama Syabab,seorang anak yatim yang dibenci oleh orang kampung akhirnya menjadi seorang pendakwah yang berjaya menarik anak muda kampungnya kembali menurut ajaran Islam.Kisah Syabab ini seolah-olah merupakan satu kisah yang nyata yang bukan hanya sekadar angan-angan dan fantasi penulis.Kehidupan Syabab juga seolah-olah banyak dipengaruhi oleh sirah nabi-nabi terdahulu.Antaranya dalam novel ini digambarkan Syabab mengembala lembu sewaktu remaja,seolah-olah sirah nabi Muhammad S.A.W yang mengembala kambing.Selain itu di akhir novel ini Syabab memarahi sahbatnya,Imtiyaz kerana tidak mampu membimbing remaja kampung sewaktu pemergiannya ke Bumi Syam buat kali kedua,seolah-olah mengimbau balik sirah Nabi Musa dan Nabi Harun yang berlaku setelah Nabi Musa pulang dari menerima kitab Taurat,Bani Israel telah menyembah anak lembu sepermegiannya.

Selain itu juga penulis telah mengambarkan Nur Mumtazah yang telah bersusah payah mendidik dan membentu Syabab sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang daie pada masa akan datang.Dalam novel ini seolah-olah pada mulanya hanya Nur Mumtazah sahaja yang menyedari bakat terpendam yang ada dalam diri Syabab.Ini juga dapat memberikan pengajaran kepada seorang daie agar tidak memilih bulu dalam berdakwah dan perlu Istiqamah dalam gerak kerja dakwah.Akhirnya Nur Mumtazah telah menjadi tulang belakang dalam gerak kerja Syabab setelah kematian suaminya,seolah-olah mengimbau balik peranan yang dimainkan oleh Sayyidatina Khadijah dalam gerka kerja Nabi Muhammad S.A.W.

Penulis juga telah memasukkan elemen ilmu dalam novel ini,terutamanya sewaktu Syabab berada di bumi Syria.Pembaca akan dapat mengambarkan suasana majlis ilmu di bumi Syam dan dapat membawa diri pembaca berada sendiri dalam majlis Talaqqi bersama para Ulama di bumi Syam.Pengalaman yang ada pada Kak Fatimah di bumi Syria telah berupaya menghidupkan novel dengan gambaran yang lengkap mengenai bumi Syria.Selain itu juga penulis telah memberi nasihat kepada para daie agar bersatu dan berfikiran terbuka dalam menghadapi cabaran penjajahan minda dan keruntuhan akhlaq umat islam daripada terlalu berkeras dalam perkara furui'yah melalui kalam ulama di negeri Syam.

Bagi aku novel ini patut dimiliki oleh setiap pemuda- pemudi Islam kerana banyak menyentuh cabaran dan penyelesaian kepada keruntuhan semangat beragama dalam masyrakat hari ini.Para daie juga perlu menjadikan buku ini sebagai bacaan kerana watak dalam novel ini seolah-olah mampu menjadi satu model untuk para daie dalam menjalankan gerak kerja dakwah kepada masyarakat.



Wednesday, September 17, 2008

Fikrah Daie 1

Daie berpecah umat punah

Salam perjuangan buat para daie semua,entah 2,3 hari ini saya rasa tak sedap hati melihat 2,3 posting para sahabat yang bertelingkah mengenai hal-hal khilafiah.Dikala umat ini dilanda pelbagai bencana dari setiap segi,akhlak mereka makin runtuh,hidup mereka makin jauh meninggalkan agama,sehinggakan kehidupan agama menjadi satu taboo dalam masyarakat,tapi kita sebagai para daie sibuk berbalah mengenai perkara khilafiah,sehinggakan kita melupakan aspek-aspek yang lebih penting dalam kerja dakwah kita pada hari ini.Apakah kita tidak merasa bersalah berbalah mengenai perkara-perkara sunat tapi kita melupakan perkara-perkara wajib yang ditinggalkan oleh masyarakat kita pada hari ini :
  • Kita semua asyik berbalah mengenai tahlil sedangkan beribu-ribu umat ini masih kosong mengingati Allah.Hidup mereka sentiasa kosong dari mengigati Allah.Adakah lebih baik kalau kita sama-sama berusaha agar masyarkat kembali balik mengingati Allah dalam setiap kehidupan mereka.Kita renung balik kisah Saidina Abu Bakar R.A yang mengigit batu-batu kecil didalam mulutnya ketika memasuki tandas agar mulutnya tidak menyebut nama-nama Allah dalam tandas.
  • Kita pada hari ini ada yang asyik berbalah mengenai doa qunut sedangkan begitu ramai lagi masyarakat yang tidak solat.Dimanakah tanggungjawab kita dalam menyeru masyarakat kembali pada tiang agama kalau para daie asyik menyalahkan antara satu sama lain yang wahabi mengatakan sufi sesat yang sufi mengtakan wahabi sesat.Akhir sekali kita merasa kita gagah dalam kelompok kita tapi kita tidak sedar bahawa umat ini tenggelam dalam banjir kufur,syirik,zalim,dan fasik pada Allah.
Kita melihat bagaimana seorang ulama yang berhikmah dan berakhlaq pada ilmunya menjawab apabila ditanya mengenai keadaan Hizbullah yang pada masa itu diserang oleh Israel,adakah kita perlu membantu mereka disaat itu sedangkan mereka adalah golongan syiah??.Ulama itu menjawab "Syiah ibarak kudis di tubuh kita.Israel ibarat singa yang bersedia menerkam kita.Mana yang perlu didahulukan merawat kudis atau mempertahankan diri dari serangan singa??".Tengoklah para sahabat bagaimana seorang daie menyelesaikan persoalan-persoalan yang lebih penting buat umat Islam dengan mengenepikan perbezaan aqidah antara ASWJ dan Syiah.Dimana kita pada hari ini.

Sedarlah para sahabat bahawa perbezaan itu ketetapan Allah.Tanpa hitam kita tidak akan kenal warna putih dan warna-warna lain.Dengan perbezaan warna hidup menjadi indah,berwarna warni.Bayangkan jika jari tangan mempunyai saiz yang sama,tentu amat susah kita hendak menyuap makanan.Ulama mazhab masing-masing telah berijtihad dengan nas-nas masing dan kita semua boleh mengambil mana- mana pendapat yang sesuai dengan tempat kita.Ketahuilah kita semua bahawa perbezaan pendapat itu ada 3 perkara :
  • Perbezaan pada dasar aqidah antara haq dan batil.Contoh perbezaan Islam dengan agama Nasrani dan Yahudi
  • Perbezaan pada Qaidah Kulliyah (kaedah umum) antara haq dan batil.Contoh perbezaan Islam dengan sekularisme
  • Perbezaan pada Furu'iyyah antara betul dan salah.Contoh perbezaan masalah-masalah fiqh,namun kita kna ingat walaupun ulama silap dalam berijtihad namun Allah tetap beri satu pahala dan kita sebagai orang awam pun ada sandaran dalam beribadah.
Menyentuh isu tahlil yang hangat dibincgkan oleh para sahabat,kita mesti ingat bahwa ulama nusantara mengadakan tahlil untuk menjalankan dakwah pada masyarakat.Cuba kita bayangkan dalam keadaan masyarkat melayu yang susah nak ke surau@masjid tahlil di rumahlah tempat terbaik untuk para ulama mendekati dan mengingatkan masyarkat mengenai kehidupan beragama.sebagai para daie memang kita tak blh nafikan bahwa tahlil merupakan satu medan dakwah yang terbaik untuk masyarkat melayu pada hari ini.Namun,kita tidak menafikan bahawa adat tahlil dalam masyarakat pada hari ini menyusahkan orang miskin.Sedangkan Nabi S.A.W pernah bersabda ketika kematian sepupunya Abdullah bin Abi Talib dalam perang Mutaah,baginda mengarahkan agar para sahabat menyediakan makanan untuk keluarga Abdullah bagi mengembirakan hati mereka.Itulah konsep sebenar yang diajar oleh Islam apabila menghadapi kematian.Tapi cuba kita fikirkan balik dalam keadaan masyarkat yang individualistik pada hari ini adakah kita mampu melaksanakan sunnah tersebut.

Kesimpulan marilah kita sebagai daie teguhkan kesatuan kita,kita bincangkan sahaja perkara-perkara cabang dalam perbincangan ilmiah yang tertutup kerana kalau kita bincangkan secara lumat didepan khalayak umum kita tidak akan mampu selesaikan masalah tersebut.Ingat sejarah kejatuhan kerajaan Islam Patani,di saat menghadapi penjajahan Siam mereka asyik berbalah mengenai perkara cabang sehingga melupakan tanggungjawab jihad dan kita lihatlah apa yang berlaku pada hari ini.Kepada para daie jadilah kita ini orang yang mendidik masyarakat dengan agama bukannya menjadi orang yang menghukum masyarkat.Kita adalah daie bukannya Qadi

Monday, September 15, 2008

TEORI 16 SEPTEMBER 2


Pagi ni ader sorang kawan tanya ak pasal 16 sept hari ni dah 16 apsal macam xder ura-ura pun kerajaan dah bertukar.Pada pendapat ak ah,walaupun ak ni baru je nak jadi penganalisis politik Malaysia namun berdasarkan hasil pembacaan dan pengamatan ak,ak rasa sedikit sebanyak ak mampu nak hurai pasal hal ni dengan izin Allah.

16 Sept tu hanyalah satu gimik politik yang dibuat oleh DSAI,antara faktor-faktor yang menghebohkan tarikh ini sebagai tarikh pertukaran kerajaan adalah :
  • Bagi satu keyakinan baru kepada penduduk Sabah dan Sarawak kerana tarikh 16 sept merupakan satu tarikh yang penting bagi mereka.Tarikh ini merupakan tarikh pembentukan negara Malaysia yang pada masa itu menggabungkan Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Singapura (3S) .Pada tanggal inilah 3S mula merdeka dari penjajah British dan kita mesti ingat bahawa tarikh 31 Ogos hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia,tapi tarikh ini seolah-olah dilupakan oleh rakyat Malaysia dan ini seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Semenanjung masih belum mengiktiraf kemasukan Sabah dan Sarawak dan kerajaan pada hari ini seolah-olah mendiskriminasikan Sabah dan Sarawak.Jadi apabila DSAI memilih tarikh ini,seolah-olah satu penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang merupakan penentu kepada pertukaran kerajaan pada hari ini.
  • Satu motivasi kepada teamwork PKR untuk bekerja keras bagi merealisasikan hasrat pertukaran kerajaan yang sedia ada pada hari ini.Memang sedia maklum bahawa motivasi seseorang hanya akan meningkat apabila ada satu matlamat yang jelas dan matlamat yang jelas perlu kepada satu kuantiti yang mampu dilihat dan dicapai.Kalau DSAI membiarkan hasrat pertukaran kerajaan tanpa meletakkan satu tarikh yang jelas akan menyebabkan teamwork beliau tidak dapat bekerja dengan bersungguh.Ini dapat dilihat dari kesungguhan 4 orang playmaker PKR yang telah mengejar ahli-ahli parlimen kerajaan di Taiwan
  • Memberi satu semangat dan kesedaran politik kepada seluruh rakyat Malaysia ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.Pada hari ini rata-rata rakyat Malaysia bercakap mengenai 16 september sehinggakan mahasiswa Malaysia yang berada di luar negara juga mengambil berat mengenai hal ini.Ini merupakan satu lonjakan baru kepada seluruh rakyat Malaysia yang hanya prihati mengenai hal poltik Malaysia pada waktu-waktu tertentu sahaja kepada rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin mengenai politik negara.Ini kerana keprihatinan dan kesedaran rakyat sahaja yang menyebabkan kerajaan sedar akan tangungjawab mereka membela rakyat dan bukan memenuhi hasrat politikus-politikus dan cukong-cukong dengan menafikan hak-hak rakyat.Kesedaran mahasiswa Malaysia mengenai hal-hal politik juga merupakan satu lonjakan pemikiran mahasiswa untuk membina satu idealis yang baru kearah mencorakkan gerakan mahasiswa yang juga merupakan satu golongan pendesak ke arah perubahan kerajaan.Kalau dulu mahasiswa hanya prihatin mengenai hal-hal hiburan dan budaya hedonisme,namun perubahan pasca PRU 12 dilihat akan memberi satu kekuatan baru ke arah lonjakan gerakan mahasiswa yang mampu menjadi balance power kepada sesebuah kerajaan.
  • Memberi tekanan pada kerajaan pada hari ini untuk lebih prihatin kepada masalah rakyat.Ini dibuktikan dengan kerajaan pada hari ini yang seolah gelabah dan menjadikan sabah dan sarwak seolah-olah anak emas kepada mereka.Namun ego mereka masih tidak hilang dan melarikan ahli-ahli parlimen ke Taiwan dan Macau merupakan satu tindakan yang kurang bijak kerana seolah-olah BN lebih takut ahli parlimen yang melompat parti dari menjaga hati rakyat yang merupakan kumpulan pendesak ke arah pertukaran kerajaan sepatutnya kerajaan perlu menukarkan dasar ke arah kerajaan yang lebih mementingkan hati dan hak rakyat.Kerajaan pada hari ini seola-olah tidak sedar bahawa "key" pertukaran kerajaan kerana desakan rakyat yang tidak tahan dengan dasar kerajaan yang banyak menyusahkan mereka dari membantu hidup mereka.
Namun di sana tarikh 16 September bukanlah satu tarikh yang sesuai untuk pertukaran kerajaan kerana pada hari ini dari segi teknikal dan politik memang mustahil untuk berlaku pertukaran kerajaan ;

  • Parlimen yang tidak bersidang pada hari ini,menyebabkan undi tidak percaya tidak dapat dilakukan terhadap Pak Lah.
  • Tidak boleh melantik 2 PM dalam satu-satu masa,walaupun YDP Agung mempunyai kuasa untuk melantik PM,namun YDPA tidak akan berbuat demikian serta merta walaupun sokongan Ahli Parlimen pada PR adalah majoriti mudah pada hari ini.Ini kerana PR sendiri perlu berbincang sesama kompenen-kompenen parti dalam PR untuk memilih calon PM,dan YDPA berkuasa untuk memilih mana- mana calon yang diarasakan layak.Kita boleh melihat bagaimana kerajaan PR di Perak dan Selangor yang tidak dapat melantik MB serta merta walaupun sudah mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.Setiap parti mesti mempunyai seorang calon yang dirasakan layak dan akan bertegas untuk memilih calon yang bukan sahaja diterima rakyat tapi mampu melaksanakan ideologi dan matlamat parti masing-masing.
  • Bukan senang untuk memujuk ahli parlimen kerajaan bertukar ke parti pembangkang.Ahli-ahli politik BN tidak akan bertukar ke PR dalam keadaan mereka tidak yakin dan tidak mendapat keuntungan peribadi dalam pertukaran mereka.Mereka tidak mungkin berpindah parti semata-mata menurut kehendak rakyat tanpa memikirkan keuntungan peribadi mereka.Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu (PAS) dan Sabah (PBS) pernah jatuh kerana undi tidak percaya dan lompat parti namun kita kena sedar bahawa pada masa itu kerajaan pusat diperintah oleh BN dan mempunyai satu kuasa yang kuat dan kedudukan kewangan yang kukuh yang dapat memberi keuntungan peribadi pada Yb yang lompat parti
aku rasa sekadar tu kot ulasan ak mengenai teori 16 Sept siri ini,sambung balik pada siri-siri yang akan datang.Insyaallah kita akan semabng pulak pasal cabaran teoro 16 sept ni.

JEJAK PEJUANG 1

Tuan Guru Abdul Samad Noh:Pengasas Pas Perak siri 1

Salah seorang tokoh politik Islam terpenting di Perak selepas Ustaz Abu Bakar al-Baqir ialah Tuan Guru Abdul Samad Noh. Beliau ialah pengasas dan penggerak utama PAS di Perak pada 1950-an sehingga PAS lebih awak berkembang dan berpengaruh di negeri ini.
Satu keistimewaan Abdul Samad ialah beliau lahir dalam lingkungan kesedaran politik Islam dan gerakan antipenjajah kerana Kampung Lalang tempat tumpah darahnya itu berdirinya Pondok Sheikh Junid Thola, Madrasah ad-Diiniah.

Sheikh Junid dikatakan semenjak 1930-an menggerakkan kesedaran tentang kewajipan menegakkan Negara Islam dan di pondok beliaulah bangkitnya gerakan antipenjajah menerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Yang Dipertua Agung PAS, Dato` Mohd Asri Muda merupakan bekas guru pondok ini sebelum berkahwin dengan Ketua Dewan Muslimat PAS, Datin Sakinah Junid Thola.

Abdul Samad dilahirkan pada 1917 di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Lalang, kemudian memasuki madrasah ad-Diiniah, Kampung Lalang. Beliau menerima didikan langsung daripada Sheikh Junid Thola, ulama lepasan Universiti al-Azhar yang berasal dari Tanapuli, Sumatera sehingga membentuk kesedaran politik.

Beberapa tahun kemudian Abdul Samad berhijrah ke Madrasah al-masriyah, Bukit Mertajam dan berguru dengan Sheikh Salleh Masri, seorang lagi ulama lulusan Universiti al-Azhar. Pada 1935, beliau berangkat ke Makkah dan mula belajar di Masjidil Haram di bawah bimbingan alim ulama di sana. Abdul Samad kemudian memasuki Madrasah Shaulatiyah al-hindiyah,sebuah pusat pengajian islam aliran India di Makkah.

Pengajian di Madrasah Shaulatiyah amat mempengaruhi jiwanya.Ketika memasuki madrasah ini pada 1935,madrasah ini baru sahaja ditinggalkan oleh pelajar-pelajar melayu kerana satu isu perkauman yang dibangkitkan oleh perisik British,Abdul Majid Zainuddin.British beruasaha untuk menghalang pelajar melayu memasuki madrasah ini kerana guru-gurunya amat anti penjajah dan pelajarnya sering terpengaruh dengan gerakan nasionalisme India.

Pada 1944,Abdul Samad terlibat menubuhkan Melayu Makkatul Mukarramah,sebuah pertubuhan politik pelajar Melayu dan Indonesia dan beliau dilantik menjadi Yang Dipertua Tenaga melayu yang pertama.Tenaga Melayu kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Parti Indonesia Merdeka dan Persatuan Anak-Anak Patani membentuk satu barisan menentang penjajah.Pada 1946,Tenaga Melayu menghantar telegram kepada Dato’ Onn Jaafar untuk menyokong gerakan anti Malayan Union

Sunday, September 14, 2008

TAZKIRAH 1


NIAT KUNCI TERPENTING IBADAH

"Dari Amirul Mukmini Abu hafs Umar Bin Al Khattab R.A katanya: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap seseorang apa yang ia niatkan .Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya kepada Allah dan rasulnya.Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia ingin perolehi atau perempuan yang ia ingin kahwini,maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya."


Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini dalam kitab bab iman manakala imam muslim meriwayatkan hadis ini dalam bab imarah (kepimpinan).Hadis ini merupakan satu hadis yang mempunya martabat yang tinggi dan merupakan salah satu dari asas islam kerana segala perkara agama terkandung di dalamnya.

Kebanyakan ulama salaf mengatakan hadis ini salah satu dari asas-asas agama Islam,antaranya:
  1. Abdul Rahman Bin Mahdi mengatakan bahawa kalau dikarang satu kitab daripada beberapa kitab maka hadis ini akan dikarang dalam tiap-tiap bab
  2. Ibnu Raja' mengatakan bahawa imam bukhari meletakkan hadis ini dipermulaan kitabnya sahih bukhari kerana amalan yang tidak berlandaskan niat pada Allah akan menjadi batil dan tidak ada keuntungan di dunia mahupun apatah lagi di akhirat.
  3. Imam syafie mengatakan bahawa hadis ini merupakan 1/3 dari perkara agama dan terdapat 70 bab fikah didalamnya

Nabi Muhammad S.A.W telah mengumpulkan segala perkara dunia dalam hadis ini iaitu segala amalan adalah berdasarkan niat dan ini menunjukkan bahwa segala amalan yang dilakukan di dunia ini hendaklah berlandaskan niat pada Allah.Niat yang dinytakan dalam hadis ini adalah qasad,iaitu melakukan ibadah dengan sedar bukan sengaja dan bukan melafazkan niat didalam hati.

Terdapat dua perkara yang terkandung didalam niat iaitu,niat membezakan amalan ibadah dengan ibadah yang lain seperti puasa dilakukan dengan niat puasa dan solat dilakukan dengan niat solat.selain itu niat juga menunjukkan ibadah itu dilakukan ikhlas kerana Allah dan bebas dari syirik kepada Allah seperti berniat untuk menunjukkan diri kepada orang dan terbatal ibadah itu kerana riak.

Ada sesetengah ulam yang meriwayatkan hadis ini disebut kerana ada seorang lelaki yang berhijrah keran seorang perempuan,dan perempuan itu dikenali sebagai Ummu Qis dan lelaki itu terkenal sebagai muhajir Ummu Qis.Namun ada ulama yang mengkaji daripada sanad hadis ini seperti Ibnu Raja' dan Ibnu Hajar mengatakan bahawa peristiwa itu hanyalah dilakukan sebagai contoh sahaja dan bukanlah perkara sahih yang berlaku dalam peristiwa hijrah para sahabat.

Allah tidak menilik seseorang hamba bukan berdasarkan pangkat dan paras rupa tapi Allah menilai seseorang hamba berdasarkan hati seseorang iaitu berdasarkan ikhlasnya sesorang melakukan ibadah kepada Allah dan ini menunjukkan bahwa niat merupakan satu perkara yang penting dalam sesuatu ibadah.Niat bukan hanya disandarkan kepada perkara sunat dan wajib sahaja tetapi perkara harus yang disandarkan pada Allah akan diberi pahala oleh Allah seperti menanam pokok.Ini kerana hadis nabi S.A.W mafhumnya sesiapa yang menannam pokok dan buahnya dimakan oleh burung akan diberi pahala oleh Allah.

Perkara yang penting disini marilah kita sama mengikhlaskan niat kita kerana Allah dalam setiap perkara dan semoga setiap perkara yang kita lakukan dibalas oleh Allah taala.Marilah kita sama meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadhan kali ini.

p/s: dipetik dari kuliah subuh Tuan Guru Haji Hadi di masjid rusila




TEORI 16 SEPTEMBER 1




Saat 16 september sentiasa meniti di mulut rakyat Malaysia.Setiap orang pasti akan bertanya adakah esok akan bertukar kerajaan.Entahlah kenapa rakyat Malaysia pada saat ini menanti saat jatuhnya kerajaan Pak lah.Aku merasakan bahawa pada saat ini rakyat Malaysia sudah tidak tahan dengan masalah-masalah yang banyak melanda Malaysia pada hari ini.Bayangkan belumpun seminggu ak menjejakkan kaki ke Malaysia ak sudah mendengar rungutan mengenai:
  1. Kenaikan harga barang melampau,bayangkan pulut lepa (mknn tradisi org trg) kalau dulu serinngit 5 batang,sekarang ni dah jadi seringgit 2 batang
  2. Kecurian barang yang melampau,setakat ni ak dah mendengar banyak kes kecurian.Bayangkan line telefon dicuri sepanjang 5 tiang api
  3. Gejala sosial dikalangn remaja yang begitu membimbangkan,seorang bapa merotan anak yang disayangi dengan teruk sebab dah x tahan dengan anak gadisnya yang asyik bergayut dengan lelaki x kira siang dan malam
Itu semua kes-kes yang ak dengar dari mulut orang kampung,ak malas ah nak nyatakan kes2 yang berlaku dalam akhbar.Entahlah apa naka jadi dengan negaraku Malaysia,sudah 50 tahun merdeka namun masalah makin bertambah dan rakyat makin sakit hati.Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan regim Pak Lah yang telah banyak menyusahkan mereka.Oleh itu,mereka sentiasa berharap agar kerajaan ini dapat diruntuhkan dan diganti dengan mana-mana kerajan yang boleh membawa balik Malaysia ke arah yang lebih makmur.