Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya), “Bersyukurlah pada Allah Azzawajalla (akan segala nikmat-Nya pada mu)” Dan sesiapa yang bersyukur maka faedah itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi Nya) kerana Allah Maha kaya lagi Maha terpuji.
(Luqman,12)
Dalam ayat ini Allah taala telah mengurniakan nikmat akal,kefahaman dan percakapan yang benar kepada Luqman, lalu Allah telah memerintahkan kepada Luqman agar bersyukur pada-Nya diatas nikmat yang telah dikurniakan.
Ibn ‘Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda “ Luqman bukanlah seorang nabi tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir,berkeyakinan tinggi, maka Allah mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata : “ Tuhanku! Sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan kepadaku , maka aku dengar dan taat,sesungguhnya engkau akan memeliharaku.” Kita dapat melihat bagaimana sikap Luqman Al Hakim apabila dikurniakan kelebihan daripada Allah beliau menzahirakan kesyukuran beliau dengan tunduk dan patuh pada Allah. Cubalah kita bandingkan diri kita pada hari ini dengan Luqman Al Hakim dalam menzahirkan syukur kita pada Allah taala.
Kalau kita menyelesuri ayat-ayat Al Quran, kita akan bertemu dengan pelbagai bentuk ayat berkenaan syukur.
Anehnya kita sanggup berterima kasih dan terhutang budi terhadap seseorang yang telah memberi sesuatu yang remeh temeh, tetapi melupakan rasa terima kasih terhadap kuasa agung yang menjadikan dan memudahkan setiap perlakuan seharian kita. Nikmat hidup,akal dan rezeki yang kita dapat semuanya merupakan saluran kearah sifat pemurah Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Pada zahiranya orang itu memberi, lalu kita pun merasa, bila orang berbudi kita pun berbahasa. Justeru hanya Allah yang Maha Berbudi.
Islam menganjurkan penganutnya agar tahu mengenang budi, terutama melalui solat fardhu
Justeru kita diajar supaya mengerakkan lidah dan hati untuk mengingati Allah supaya segala nikmat duniawi yang diperolehi dari pelbagai sumber tidak dapat mengelabui mata hati, dan tidak juga terpaut dengan kesenangan duniawi. Semoga ia tidak akan mendinding hati dari melihat hakikat sebenat tentang kurnia Allah itu.
1 comment:
ini baru jolo bos ... asyik artilce psal pas jah..
Post a Comment