Saturday, March 27, 2010

PAS SEBAGAI GERAKAN ISLAM 1

KENAPA AKU MENDOKONG PAS

Sudah lama blog ini dibiarkan bersawang tanpa diusik dek kerana kesibukan aku untuk mencoretkan pengalaman-pengalaman buat renungan sahabat-sahabat sekalian. Insyaallah aku akan cuba menghidupkan balik blog mujahid melayu ini dengan penerangan,sejarah dan pengalaman hidup berjuang bersama PAS.Tujuan aku hanya satu agar setiap dari kita menyedari bahawa perjuangan yang dibawa oleh Parti Islam Semalaysia bukan perjuangan sia-sia tapi semata-mata hendak menegakkan khilafah islam di tanah air Malaysia.

Hari ini ramai di antara sahabat-sahabat dan adik-adik yang tidak menyedari bahawa PAS adalah sebuah gerakan Islam bukannya parti politik semata-mata. Ada yang menyebut bahawa PAS tidak mempunyai tarbiah yang baik, ada yang menyebut bahawa perjuangan PAS tidak syarie kerana mendokong demokrasi yang merupakan agenda barat bagi meruntuhkan Islam. Ada juga yang merasakan bahawa perjuangan PAS adalah politik semata-mata dan perjuangan mereka bersama PAS kerana bencikan UMNO dan BN, ada juga yang menyebut bahawa PAS seolah-olah pengkhianat bangsa Melayu kerana bekerjasama dengan DAP parti cina dan PKR yang liberal.

Anggapan ini kerana mereka tidak mendalami sejarah perjuangan PAS, tidak merasai manisnya berjuang bersama PAS, dan hati mereka tidak bersama dengan denyut nadi perjuangan PAS kerana buruk sangka hati mereka. Siri tulisan ini akan cuba membuka balik pandangan minda kita semua untuk mengenali PAS dengan lebih lanjut dan bersama dengan perjuangan ini bagi meneruskan kesinambungan mata rantai perjuangan Islam dan Islah masyarakat untuk hidup bersama Islam.

Tulisan ini akan mempunyai beber
apa siri yang akan mendedahkan sejarah perjuangan dan penubuhan parti islam, matlamat perjuangan, siri-siri tarbiah dalam PAS, gerak kerja dan organisasi PAS serta pengalaman penulis sendiri sepanjang satu dekad bersama dengan PAS. Insyaallah semoga kita semua lebih mengenali PAS dan menetapkan hati kita untuk bersama dengan PAS sebagai wadah perjuangan Islam di Malaysia.

Siri tulisan ini akan ditulis berdasarkan artikel,pembacaan dan pengamatan penulis daripada tokoh gerakan PAS yang telah membuktikan komitmen gerak kerja dakwah mereka bersama dengan PAS. Tulisan ini juga ditujukan kepada adik-adik aku yang hingga ke hari ini tidak lagi menunjukkan komitmen mereka bersama dengan PAS semoga mereka boleh mengenali PAS dan menjadi pendokong yang mengambil jalan tarbiah dan gerak kerja dakwah PAS, kepada bakal isteriku semoga lebih mengenali komitmen diri ini dan menjadi sayap kanan perjuangan menyemarakkan lagi semangat diri ini di kala alpa, kepada sahabat-sahabat semoga boleh menjadikan diri mereka terus tsabat bersama PAS dan mewakafkan diri mereka untuk gerak kerja Islam ini dan kepada mana-mana pihak yang ingin mengenali PAS dengan lebih lanjut dan menjadi penyokong kepada gerakan ini.

Harapanku semoga semangat perjuangan yang ada dalam diri ini dapat menyalakan balik semarak perjuangan Islam dalam diri masyarakat tanah air, semoga aku dikurniakan hidayah dan taufiq dari Allah untuk mener
uskan siri-siri tulisan ini dan tulisan ini menjadi salah satu amalan yang diterima oleh Allah sebagai bekal di akhirat sana.

Friday, January 22, 2010

Renungan Jumaat

segala peringatan ini dituju khas utk sy.semoga sy sentiase igt dan amal


Ibadah solat adalah ibadah yg istimewa di sisi Tuhan..mana tak nya Ibadah solat ini seacara langsung Nabi S.A.W menerimanya dr-Tuhan di Sidratul Muntaha pada peristiwa Israj dan Mikraj.Berbeza dgn ibadah2 lain seperti zakat ,mengerjakan haji dan bla2 yg mana Nabi menerima nya dr wahyu yg diturunkan secara berperingkat peringkat.


Sungguh sengal kpd mereka2 yg melalaikan solat..solat itu adalah salah satu tiang2 agama..jika kamu meniggalkan solat sama nye seperti kamu merobohkan agama kamu sendiri.Di keseliling kita boley diperhatikan ramai org yg mengambil ringan akan solat ..padahal didalam surah al-Maryam ayat 59 Allah mengatakan sesat bg melalaikan solat. ‘’ kemudian dtglah setelah mereka pengganti yg mengabaikn solat dn mengikuti hawa nafsunya,maka mereka kelak akan tersesat.’’


Didalam al-Quran byk peringatan dan byk Tuhan ceritakan akan kelebihan solat itu sendiri..salah satu nya didalam surah Al’Ankabuut ayat 45 ..Allah berfirman

‘’Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dr (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adlh lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan’’.

Oleh itu dgn solat yg khusyuk Allah menghindarkan kita dr melakukan amalan2 keji..sbb apa? solat itu adalah berzikir,dan berzikir itu adalah mengingati Tuhan..apabila selalu mengingati Tuhan 5 kali sehari maka dgn hidayah dan rahmat nya kita dijauhkan dr melakukan amalan2 yg keji.Selain itu solat jgk boleh menghapuskan dosa2 kita ..selari dgn satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ,’’Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adlh penebus dosa antara jarak waktu solat itu, selama dijauhinya dosa besar.” Manusia tak akn lepas dr melakukan dosa dan bla2..wajib jgn tinggalkan solat kalau dah rase byk dosa.

Sy teringat satu kajian ahli ilmu ada menyebut dalam kepala otak kita ni ada satu saraf yg mana darah tak dapat lalu..kecuali dgn bersujud.Ini merupakan satu pentada kebenaran ayat2 Tuhan..mereka yg cerdik shj akan memanfaatkan fakta sains ini.Abdullah bin Abbas berkata, mensia2 kan solat ni bukan hanya meninggal kan solat semata2 shj tetapi jgk melewatkan waktu nya sprt smyg isyak pada waktu subuh..smyg zohor dalam waktu asar dan lain2.


Didalam neraka ada satu tempat yg mcm lembah yg bernama al-Ghai’a..tempt ni sgt2 la jijik,dan dasyat.Tuhan menjanjikan sapa2 yg solat diluar waktu maka akan dicampakkan ke tempt ni..nk try tempt ni cuba la..

Sebelum Nabi SA.W wafat,baginda mewasiatkan seluruh umatnya supaya mendirikan solat. Itulah perkataan terakhir yang keluar daripada mulut baginda..kerana solat itu adalah amalan yg pertama dihisab oleh Allah,.Solat membezakan org muslim dan org kafir .Ada hadis Nabi S.A.W menyebut yg bermakud “Perjanjian antara Muslim dengan kafir ialah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah kafir.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah)

Untuk penutup..harus selalu berpesan kepada diri sendiri dan juga kpd kawan2 sebelah akan kepentingan solat itu sendiri dan saling nasihat menasihati.Solat itu disyariatkan sebagai tanda bersyukurnya kita kepada Allah, menghilangkan dosa2 kita, menunjukkan kepatuhan, ketaatan dan rendah diri kpd Allah.Ok.selamat menjadi org yg baik dan jgn tinggal solat.

Oleh,

En M

Friday, January 8, 2010

JOM SOLAT

Ayuh semua,marilah kita tunaikan SOLAT...


SOLATlah yang membezakan antara ISLAM dan KUFUR



Orang marah bila kita kata orang itu KAFIR...tapi cuba tanya diri sendiri balik..kalau seseorang dah bertahun-tahun x solat..ADAKAH mereka itu TIDAK LAYAK DIGELAR KAFIR???



JOM PAKAT JAGA SOLAT KITA... yang lepas biarkan lepas..mulakan hidup baru kita dengan sama-sama kita menjaga SOLAT




Sunday, August 23, 2009

KENANGAN PUISI BERSAMA RENDRA



Renung2kanlah puisi ini,satu renungan dan nasihat dari Rendra antaranya :

  • Hari ini tidak ada lagi yang berdaulat,yang berdaulat hanya pemimpin dan partai2 politik sahaja
  • Lemahnya penguasaan ilmu di kalangan masyarakat menyebabkan mereka mudah diperbodohkan oleh pihak berkuasa
  • Orang2 miskin ibarat dadu kerana dikuasai oleh pemerintah yang ibarat penjajah memanipulasikan hak2 rakyat untuk kepentingan org2 kaya sahaja
  • Betapa byk tanah2 rakyat yang dirampas atas nama pembangunan
  • POLITIK TIDAK BOLEH MENJAMAH KEDAULATAN IMAN DAN AKAL

Thursday, August 20, 2009

JEJAK TOKOH

Tuan Guru Haji Bidin: Pengasas PAS Terengganu

PAS Terengganu telah mengadakan sambutan Jubli Emasnya di Dungun dua tahun lalu. Sambutan ini dibuat di tempat ia ditubuhkan iaitu Surau Haji Bidin, Sura Gate. Kira-kira 50 tahun sebelum itu, iaitu pada 6 Julai 1956, satu perjumpaan 24 orang pemuda Islam telah diadakan di surau ini yang dikenali juga sebagai Madrasah az-Zainiyah dengan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Bidin.

Dalam perjumpaan ini, cawangan PAS yang pertama di Terengganu telah berjaya ditubuhkan dan dinamakan sebagai PAS Cawangan Dungun dengan Tuan Guru Haji Bidin sebagai Yang Dipertuanya. Inilah bermulanya sejarah PAS Terengganu sebelum ia menjadi kubu kuat PAS hari ini.

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.

____________________________________

TUAN GURU HAJI BIDIN TERENGGANU

_________________________________________

Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi dan Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayah Mursyidul Am PAS).

Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun. Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.

Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. Ketika menjadi imam di sini, Haji Bidin telah berhadapan dengan beberapa masalah amalan khurafat dan ajaran sesat, tetapi berkat usaha gigihnya, beliau berjaya mengatasi masalah ini.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin mengajar beberapa cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam seperti fiqh, hadis, nahu, tafsir, balaghah, mantiq dan lain-lain. Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah Matan Ajrumiah, Azhari, Qatr, Syuzuz al-Zahab, Ibnu Aqil, Asymuni, Sittin, Fathul Muin, Tahrir, Mahalli, Iqna�, Fathul Wahab, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibni Ibad, Iqaz al-Himam, Jauhar al-Mauhub, Siyarus Salikin dan lain-lain.

Beliau juga berjaya melahirkan ramai murid yang terkenal termasuk Ustaz Omar Shukri Embong (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Ustaz Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen Dungun yang juga pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau juga dikatakan boleh mengangkat kayu besar seorang diri. Cerita-cerita kekeramatan beliau ini telah menyebabkan beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Kerana gurunya seorang yang minat politik, Haji Bidin turut mewarisi minat ini di mana beliau semenjak di Kenali lagi sudah mula menulis dalam akhbar Majlis. Beliau tertarik dengan perkembangan politik di Istanbul tetapi keras menolak fahaman sekular yang dibawa oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Sejak muda, kecenderungan beliau adalah politik Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Tetapi pada peringkat awal, beliau menyokong Umno untuk menghalau British, bahkan turut berkempen dalam pilihan raya 1954 untuk menyokong Ustaz Mohd Taib Sabri menentang calon Parti Negara. Tetapi pada 1956, setelah PAS mulai berkembang, Haji Bidin bersetuju dengan gagasan politik yang dibawa oleh Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, Datuk Mohd Asri Muda.

Atas usaha gigih beliau mengumpulkan pemuda-pemuda yang berminat dengan politik Islam, maka satu perjumpaan diadakan di suraunya di Sura Gate. Hasilnya, PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan sebagai cawangan pertama di Terengganu. Haji Bidin diberikan amanah sebagai Yang Dipertua PAS Dungun untuk satu tempoh yang lama. Beliau melepaskan jawatannya pada 1971 kerana uzur, tetapi terus komited dengan perjuangan PAS.

Enam tahun kemudian, iaitu ketika muridnya yang juga anak saudaranya, Ustaz Abdul Wahab Yunus sedang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Bidin telah jatuh sakit dan meninggal dunia di rumah anaknya, Haji Anuar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun.

Sunday, July 12, 2009

PERANGAI BINATANG KAT MANUSIA


Dalam masyarakat binatang tiada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang.

Kuat salak macam anjing.
Berak kambus macam kucing.
Sekat jalan macam labah-labah.
Tak malu macam babi.
Hisap darah macam lintah.
Berak kapur macam burung.
Ikut kawan macam itik.
Berzina merata macam ayam.
Leher panjang macam angsa.
Pandai pulas macam berok.
Cepat membelit macam ular.
Suka lompat macam katak.
Sentiasa syok macam riang-riang.
Makan anak macam ikan haruan.
Mulut bisa macam ular.
Meredap macam anai-anai.
Tak hentang macam badak.
Tidor siang macam kelawar.
Pandai menyorok macam tikus.
Suka belaga macam kerbau.
Merayau malam macam keluang.
Tokak orang macam singa.
Cenge macam tebuan.
Kencin kawan macam ........... setakat ni binatang lain tak buat kecuali binatang manusia.

P/S: Dipetik dari blog aris awang

Wednesday, July 8, 2009

Ingatan buat pejuang SALAF

Terkenang kepada kata-kata Sheikh Dr. Mustafa Abu Zaid di selatan bumi Urdun:

Manhaj Salaf bukan manhaj yang menyingkatkan jubah, mengisi sugi di dalam kocek, menyimpan janggut dan bertudung kepala dengan serban merah. Ia adalah manhaj yang bersama-sama dengan sekalian kaum Muslimin dan Muslimat, membebaskan bumi Palestin, dan mengembalikan Hakimiyyah Allah!

Sambungan artikel boleh dirujuk di saifulislam.com