Monday, June 22, 2009

SEMANGAT MAHASISWA

Sajak ini ku perdengarkan buat sahabat2 mahasiswa sekalian, semoga kita merenung segala bait2 sajak ini sedalamnya. Kita sebagai mahasiswa merupakan asas kebangkitan dan pembebasan rakyat dari cengkaman politikus yang merampas hak2 rakyat. Ayuh mahasiswa bangkitlah,tanya dalam diri kita adakah ilmu yang kita dapat untuk kebaikan rakyat@untuk memenuhkan tembolok kita sahaja. Semoga bait2 sajak ini membangkitkan semangat kita semua untuk mengapai kejayaan demi memenuhi tanggungjawab kita terhadap setiap rakyat yang bergolok gadai demi melihat sinar hidup mereka makin cerah.



Sajak Pertemuan Mahasiswa

Matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit
melihat kali coklat menjalar ke lautan
dan mendengar dengung lebah di dalam hutan

lalu kini ia dua penggalah tingginya
dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini
memeriksa keadaan

kita bertanya:
kenapa maksud baik tidak selalu berguna
kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga
orang berkata : “kami ada maksud baik”
dan kita bertanya : “maksud baik untuk siapa?”

ya!
ada yang jaya, ada yang terhina
ada yang bersenjata, ada yang terluka
ada yang duduk, ada yang diduduki
ada yang berlimpah, ada yang terkuras
dan kita disini bertanya:
“maksud baik saudara untuk siapa?
saudara berdiri di pihak yang mana?”

kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
tanah – tanah di gunung telah dimiliki orang – orang kota
perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja
alat – alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya

tentu, kita bertanya :
“lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
sekarang matahari semakin tinggi
lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
ilmu – ilmu diajarkan disini
akan menjadi alat pembebasan
ataukah alat penindasan ?

sebentar lagi matahari akan tenggelam
malam akan tiba
cicak – cicak berbunyi di tembok
dan rembulan berlayar
tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda
akan hidup di dalam mimpi
akan tumbuh di kebon belakang

dan esok hari
matahari akan terbit kembali
sementara hari baru menjelma
pertanyaan – pertanyaan kita menjadi hutan
atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra

di bawah matahari ini kita bertanya :
ada yang menangis, ada yang mendera
ada yang habis, ada yang mengikis
dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !

(jakarta, 1 desember 1977)


P/S: Sajak ini dipersembahkan kepada para mahasiswa universitas indonesia di jakarta dan dibacakan di dalam salah satu adegan film “yang muda yang bercinta” yang disutradarai oleh Sumandjaya. Dari kumpulan puisi “potret pembangunan dalam puisi” (pustaka jaya – 1996)

INGATAN BUAT PEJUANG

Terkini Harakah Daily melaporkan tiada lagi isu kerajaan Perpaduan. hasil pertemuan pimpinan utama PR telah membuat keputusan yang tepat. Bukan kerana isu asal kerajaan perpaduan tersebut, tetapi apabila isu tersebut telah dimanipulasi , maka idea asal telah disalah tafsir.

Manisan yang diharapkan menjadi arak apabila salah simpan dan salah diuruskan. Alhamdulillah akhirnya manisan yang menjadi arak yang memabukkan itu dibuang. Harapan orang yang ingin ramai yang mabuk kerana meminum arak itu juga hancur.

Apa yang penting, kini ialah merapatkan saf dan ukhuwwah yang tergendala kerana salah sangka dan kekeliruan yang melanda. Masa untuk bermuhasabah. Ternyata isu yang melanda , mendedahkan kepada kita betapa rapuhnya tarbiah dalam jamaah. Mudahnya satu isu mencabut rasa kasih dan ukhuwwah. Hilang segala jasa yang sekian lama di bina. Tiada lagi baik, melainkan semua busuk belaka.

Harus diingat! PAS hanya memerlukan satu bentuk tarbiah sahaja. Tiada lagi kerencaman dan kepelbagaian cara tarbiah di bawa dalam jamaah. Wehdatul fikr dan wehdatul amal mesti diteraskan semula dalam setiap pembinaan pendokong kita. Lajnah tarbiah dan dewan ulama seharusnya melihat kepincangan ini dengan bersungguh. Jangan biarkan ahli jamaah PAS membawa watak dan idea jamaah mereka sebelum ini. Jangan rosakkan kesatuan fikrah pendokong PAS.

Selagi pelbagai bentuk aliran dibiarkan dalam PAS dengan alasan kebebasan, maka selagi itulah perpecahan akan menjadi barah. Kepada bekas ahli ABIM, JIM dan mana mana jamaah Islam, harus ingat anda memilih untuk berjuang dengan PAS. PAS miliki tarbiah tersendiri. Walau sejauh mana anda mengkagumi tarbiah bekas jamaah anda... anda mesti patuh kepada tarbiah PAS jika anda ingin menjadi ahli PAS.. jika tidak...cukuplah anda berkerja sama dengan PAS tanpa perlu menjadi ahli apatah lagi menjadi pemimpin PAS! Tiada usrah lain bagi ahli PAS selain usrah dan tarbiah PAS!

Kita lihat selepas ini, andai ada lagi yang meniupkan isu kerajaan perpaduan, maka itulah sebenarnya perosak jamaah! cukuplah bagi pemimpin yang menjaja isu kerajaan perpaduan dalam ceramah umum. bermula hari ini, kita tunggu dan lihat, siapa yang tak senang duduk apabila isu kerajaan perpaduan ditutup. yang saya pasti mereka adalah umNO! atau mungkin munafiqin seperti di zaman saidina Ali dan Muawiyyah yang telah saya posting sebelum ini.

P/S: dipetik dari anaksengat.blogspot.com Ayuh pimpinan dan setiap ahli Pas semoga sedikit ujian yang Allah bagi pada kita sebelum ini memberi ibrah yang cukup besar dalam perjuangan.Kita masih lagi tidak berdepan dengan ujian yang lebih besar namun sedikit tiupan angin telah menimbul satu taufan yang sangat besar.Di mana silap kita semua,kalau kita betul2 bersedia nak gerakkan dan kuatkan jemaah sehingga mampu menegakkan Islam di Malaysia,setiap pihak patut pelajari betul2 adab2 berjemaah.Janganlah satu hari nanti kita runtuhkan jahiliah yang lama tapi kita dirikan balik jahiliah yang baru.

Wednesday, June 17, 2009

LAWAN ARUS 4

Resipi Kejayaan Mereka Kerana Tak Mahir Bahasa Inggeris

Jepun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris.

India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.



Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik.

Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.
Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.

Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris.
Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris.



Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan dengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris.

Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun.
Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris.

Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat.

Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original.

Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu pun diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea.

Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini!

P/S: artikel ini dipetik dari blog http://pendikargunung.blogspot.com/.Semoga kita semua dapat fikir dan ambil iktibar dari artikel ini.Jangan ingat kalau kita tidak bergantung dengan BI,kita tidak boleh berjaya sebab di sana telah ramai yang membuktikan bahawa jikalau bergantung dengan bahasa ibunda sendiri kita mampu utk melakarkarkn kejayaan

Monday, June 15, 2009

JEJAK PEJUANG 6

Insyaallah aku akan cuba semak dan imbas balik kisah perjuangan Syeikh Fathi Yakan.Kita semua kena sedar bahawa ingat dan kasihkan org2 soleh adalah fikir dan zikir yang terbaik untuk kita semarakkan semangat perjuangan demi agama Allah dan semangat untuk terus beramal kerana Allah.Abu Fateh ade menyebut bahawa tidak mudah untuk kita menggantikan seorang tokoh seperti beliau.Ayuh para sahabat sekalian sahutlah cabaran tersebut selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita akan terus menuntut ilmu Allah dan sebarkan dakwah ke seluruh alam.

As Syeikh Fathi Yakan sukarnya mencari penggantimu
oleh:Blog Rantau

Pada hari Sabtu, 13 Jun 2009 saya sedang berada di Dewan Perdana Felda bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengurus Besar tempat saya bertugas. Saya dijadualkan pada malam itu untuk menyampaikan tazkirah kepada seluruh jemputan yang hadir pada malam itu. Kami tiba pada jam 8.00 malam. Baru saja mengambil tempat, saya dikunjungi SMS yang sangat menyedihkan memaklumkan tentang pemergian Asy-Syeikh Fathi Yakan, tokoh ulama' gerakan Islam yang tersohor dari Lubnan mengadap Rabbul Jalil. Saya cukup terkesan kerana rasanya masih baru menziarahi Asy-Syeikh di Tripoli, Lubnan dan beliau pada waktu itu masih aktif dan cergas. Perasaan juga agak bercelaru pada waktu itu. Apatah lagi untuk menyampaikan tazkirah di hadapan VVIP. SMS yang tidak tidak putus-putus. Cukup banyak SMS diterima pada malam tersebut. Ada yang memaklumkan. Ada yang pohon pengesahan. Ada yang meluahkan perasaan kesedihan dan pelbagai lagi reaksi yang diterima. Panggilan juga cukup banyak. Sebahagian sempat yang saya jawab, sebahagian lagi saya gagal untuk menjawab kerana waktu tidak mengizinkan.


Al-Marhum Asy-Syeikh Fathi Yakan

Kesempatan ini, saya ingin rakamkan sedikit imbasan perjuangan Asy-Syeikh Fathi Yakan guna sebagai panduan dan pengukuhan buat semua pendakwah-pendakwah Islam di tanahair.

Kelahiran dan Perkahwinan

Dilahirkan pada 9 Februari 1933 di bandar Tripoli, Lubnan. Membesar di Tripoli dan seterusnya mendapat jodoh bersama Dr.Muna Haddad. Hasil perkahwinan ini, pasangan tokoh pendakwah ini dikurniakan 5 orang anak. 4 orang daripadanya perempuan dan seorang lelaki.

Penglibatan Dalam Gerakan Islam

Nukilan sejarah yang dicatatkan, Asy-Syeikh Fathi Yakan mula melibatkan diri secara serius dalam gerakan Islam setelah melalui pertemuan dengan Asy-Syeikh Mustafa As-Sibaie di bumi Syria.

Penglibatan serius beliau di dalam gerakan Islam dapat dibuktikan melalui penghasilan buku-buku dakwah yang menjadi sumber rujukan utama bagi kebanyakan anggota gerakan Islam di seluruh dunia.

Beliau antara tokoh gerakan Islam yang menentang pilihanraya pada peringkat awal pembabitan dalam gerakan Islam. Meskipun begitu, beliau akur dan akhirnya menerima kepentingan melibatkan diri dalam pilihanraya sebagai satu wadah untuk memartabatkan kembali agama Islam.

Kedudukan Lubnan

Lubnan merupakan syurga dunia buat bangsa Arab yang berada di kawasan Teluk. Wanita mereka merupakan antara wanita tercantik di dunia. Bandaraya Beirut merupakan bandaraya yang sangat merosakkan. Budaya mereka sangat dahsyat. Berada di Beirut cukup meloyakan. Masyarakatnya begitu runtuh akhlaknya.

Tetapi suasana ini agak berbeza di bandar Tripoli. Ketenangan berada di bandar ini cukup dirasai. Walaupun tetap ada unsur-unsur keruntuhan akhlak. Khususnya dalam aspek berpakaian bagi wanita.

Pun begitu, di sini adanya kelainan. Ruh dakwah yang (barangkali) diterapkan oleh salah seorangnya ialah Asy-Syeikh Fathi Yakan benar-benar merubah suasana di bandar Tripoli.

Ertinya, arena dakwah di bumi Lubnan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Sistem pemerintahannya yang kononnya bersifat majmuk, langsung tidak memberi sebarang manfaat buat ummat Islam di Lubnan.

Beliau pernah dipenjara dan diseksa kerana pengaruh yang kian tersebar dan membimbangkan pihak pemerintah.

Peranan dakwah beliau tidak dimatikan dengan penjara dan seksaan, tetapi dirancakkan pula dengan penulisan buku-buku dakwah. Jasanya bukan sekadar untuk ummat Islam Lubnan, malahan melebar ke seluruh pelusuk dunia.

Asy-Syeikh Yang Dikenali

Semasa berada di bumi Syria, saya berkesempatan mengunjungi Asy-Syeikh Fathi Yakan sebanyak dua kali di rumahnya di Abi Samraa', bersebelahan bangunan Jinan University yang diasaskan oleh beliau.

Beliau seorang yang sangat peramah dan merahmati tetamu yang berkunjung. Apatah lagi, jika mengetahui kami merupakan anak buah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekadar meminjam nama). Kami diraikan dengan penuh ceria. Beliau sangat rapat dengan Dato' Seri Tuan Guru Presiden. Jelas pada air mukanya, beliau merindui pertemuan dengan Dato' Seri Tuan Guru Presiden.

Sepanjang pertemuan, beliau seringkali berulang alik dari ruang tamu ke bilik bacaan beliau. Belum lagi kami bertanya, beliau memohon maaf kerana terpaksa berulang alik. Tujuannya ingin catatkan nota atau isi penting yang baru terlintas dalam fikirannya untuk dijadikan bahan penulisan dalam mana-mana bukunya yang bakal diterbitkan.

Wah ! Ini rupanya disiplin penulis tersohor. Begitu jalannya orang yang sibuk. Melihat kepada beliau, rasa diri kita terlalu kerdil dalam perjuangan. Hidupnya sentiasa bersemangat. Aksinya lincah tidak menggambarkan usianya. Perwatakannya sentiasa segar dan berjiwa muda.

Walaupun dirinya tokoh besar dalam dunia gerakan Islam, dirinya cukup tawadhuk dan cepat bermesra dengan anak muda seperti kami.

MasyaAllah ! Kehilangan Asy-Syeikh Fathi Yakan, amat sukar untuk mencari penggantinya.

Dengan umurnya 76 tahun, beliau meninggalkan kita setelah menurunkan ilmu dakwah yang cekap besar kesannya kepada kita semua.

Semoga Allah SWT memilih Asy-Syeikh Fathi Yakan di kalangan pejuang yang telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT.

Ya Allah ! Lahirkanlah kami semua sebagai penerus perjuangan generasi terdahulu. Penyair Abdul Wahhab Azzam dalam al-Mathani meninggalkan kepada kita syair yang hebat :

"Kami adalah orang yang bermusafir dalam kehidupan...
Menjadi penghubung generasi mendatang dengan telah lalu...
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kami...
Menjadi kewajiban kami pula memberikan bimbingan untuk generasi mendatang"

Asy-Syeikh, anda telah menunaikan tanggungjawab memberikan tunjuk ajar kepada kami...
Kini giliran kami pula membawa tanggungjawab ini untuk diperturunkan kepada generasi mendatang.

Ya Allah ! Bantulah hambamu...

Sunday, June 14, 2009

JEJAK PEJUANG 5

Pemergianmu Ditangisi Satu Kehilangan Pada Ummah

1. Dunia Islam semalam, Sabtu 13 Jun 2009 kehilangan seorang tokoh pemikir dan pendakwah yang berpengaruh bukan sahaja di bumi kelahirannya, Lubnan bahkan di seluruh dunia. Dalam usia 77 tahun Al-Sheikh al-Duktur al-Muhandith Fathi Yakan, ketua parti Islam Lubnan, Jabhah al-Amal al-Islami meninggal dunia di hospital di ibu kota Tripoli setelah beberapa hari terlantar di unit kawalan rapi. Jenazah beliau akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini di Tripoli.

2. Dr Fathi atau nama penuhnya Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Februari 1933 merupakan diantara pengasas awal kepada gerakan Islam di Lubnan. Pembabitan beliau dalam gerakan Islam di Lubnan telah bermula seawal tahun 1950an dan mengasaskan Jemaah Islam Lubnan, satu cabang kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1960an bersama-sama tokoh lain termasuk Sheikh Faisal al-Mawlawi. Bahkan beliau memegang amanah sebagai Setiausaha Agung sehingga tahun 1992 dan meletak jawatan apabila memenangi pilihanraya sebagai ahli parlimen. Beliau kemudiannya melibatkan diri secara langsung politik Lubnan dan partinya Jabhah turut disertai oleh jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokoh Islam dari kalangan Sunni dan juga Syiah seperti Harakah al-Tawhid al-Islamiy, Sheikh Hashim Minqarah dan lain-lain.

3. Di peringkat global, beliau berpengaruh kepada gerakan Islam dunia bukan sahaja melalui bahan-bahan penulisan dakwah dan haraki beliau. Bahkan apabila Professor Dr Najmudin Erbakan merintis kesatuan gerakan Islam di peringkat global semasa beliau menjadi Perdana Menteri Turki, Dr Fathi dilantik mengetuai fungsi tarbiahnya dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Malaysia.

4. Dr Fathi mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan elektrik di Beirut, tetapi kemudiannya menyempurnakan ijarah kedoktorannya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.

5. Beliau mengahwini Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektornya. Universiti beliau turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya lepasan Madrasah Darul Quran, Rusila, Terengganu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu.

6. Dr Fathi banyak menulis buku yang menjadi rujukan gerakan Islam di seluruh dunia antaranya ialah:

  • فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
  • مشكلات الدعوة والداعية،
  • كيف ندعو إلى الإسلام؟
  • نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
  • الموسوعة الحركية
  • ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
  • حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
  • الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
  • ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
  • ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
  • الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
  • الشباب والتغيير،
  • المتساقطون على طريق الدعوة،
  • أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
  • ، قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية

7. Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada gerakan Islam. Semoga Allah mengganjari sebaik ganjaran kepadanya dan semoga beliau menjadi model kepada ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Al-Fatihah

Dipetik dari laman web: http://www.nazrichik.com

Saturday, June 13, 2009

AYUH MUSLIMAT BANGKITLAH MENDEPANI UMMAH

5 "P" langkah dan karakter yang perlu dilakukan oleh Akhwat kat Mesir dan perlu ada pada gerakan muslimat mana persatuan kat sini supaya kehadiran kalian lebih dirasai oleh massa dan arus perdana:

1. PENULIS : Belajar menterjemahkan idea di fikiran dalam bentuk penulisan isu semasa di blog atau akhbar, nyatakan pendirian anda, bukan orang lain, kemudian bandingkan pandangan anda itu dengan pandangan bloggers atau penulis lain dalam isu yang sama tersebut. Di sini anda akan belajar erti kematangan melihat sesuatu isu semasa dari pelbagai sudut yang berbeza.

2. PENCIPTA AKSI : Belajar untuk lebih "outspoken" dan memimpin aksi, bukan dipimpin muslimin. Cara terbaik, dari awal lagi anda yang membincang dan memimpin aksi yang tidak boleh dilakukan oleh muslimin atau dilepas pandang oleh muslimin.

3. PEMIDATO BERPENGARUH : Belajar untuk mengutarakan sesuatu idea di fikiran secara berkesan kepada pendengar, bukan sekadar bercerita yang membosankan dan tidak memberikan kesan maksima.

4. PEMBACA BUKU BERAT : Lazimi pembacaan buku-buku mengenai pemikiran dan para pemikir (reformis) Islam khususnya.

5. PEMBENTANG & PENGKRITIK : Latih diri hadiri sesi-sesi brainstroming berat dan membanyakkan perbincangan kupasan buku, jadi pembentang atau berikan pandangan.


Ayuh cabaran buat akhwat kat Mesir,xder lgi dalam mesyuarat jadi tukang angguk.Dalam blog tulis apa2 yang mengarut.Muslimat perlu bangkit,hari ini bukan lagi zaman muslimat jadi tea lady je,tapi muslimat perlu bangkit mendepani ummah.Semoga cabaran ini mampu disahut oleh muslimat pada hari ini.

Tuesday, June 9, 2009

PEJUANG YANG TAK DIDENDANG

Sedih aku melihat suasana pasca muktamar Pas kali 55,mcm2 komen dan pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai pihak.Ada yang mengutuk dan mengeji pimpinan secara tidak beradab seolah2 merekalah yang lebih kasih pada gerakan ini,seolah2 merekalah yang paling banyak berjuang atas muka bumi ini.Aku bercadang untuk mengisahkan beberapa kisah yang aku lalui dan aku dengar sebagai pedoman buat kita semua.Kita kena sedar bahawa di luar sana ramai lagi orang yang lagi lama berjuang dari kita,yang lebih tinggi semangat dari kita,yang telah menafkahkan harta mereka,diri mereka dan keluarga mereka untuk melihat Islam memerintah bukan diperintah.

1. Aku ada seorang tok sedara yang sudah tua,aku panggil beliau sebagai tok ngah.Tok ngah aku adalah seorang yang istiqamah dengan kuliah hari jumaat tok guru haji hadi di Masjid Rusila.Walaupun hari ini,beliau tidak dapat mendengar dengan baik namun beliau tetap istiqamah mendengar kuliah TGHH.Walaupun beliau telah bongkok tiga,namun semangat untuk pergi ke Masjid Rusila setiap hari jumaat tetap membuak2.Beliau mempunyai 2 orang anak yang terencat akal dan fizikal,namun walaupun ditawarkan duit ehsan oleh abgnya yang merupakan pengerusi JKKK.namun beliau tetap menolak duit tersebut kerana semngt beliau terhadap perjuangan Islam,beliau tidak rela menerima duit yang dirompak dari hak rakyat Trg.Kita lihat diri kita pada hr ni,ada yang mendapat pinjaman dari biasiswa dri duit rakyat,namun masih takut untuk berjuang demi rakyat.Ada yang makan gaji terus senyap dan sepi dari perjuangan.Sewaktu di kampus dialah yang paling bersemangat,namun turun ke medan dialah yang awal sekali menghilang dari perjuangan,adakah tarbiah sewaktu di kampus belum cukup untuk membentuk diri kita menafkahkan diri dan harta pada perjuangan??Adakah kuliah2 yang tak formal di kampung2 dan kawasan2 lebih mampu membentuk seorang pejuang??Ayuh sahabat2ku marilah sama2 kita insaf dan semak balik diri kta,renungkanlah org2 kampung kita yg bersemangat memperjuangkan Islam dan mereka menunggu kita untuk memimpin dan mebimbing mereka untuk terus Istiqamah dan berjihad bagi melihat Islam didaulat di tempat masing2


2.Aku teringat lagi,satu kisah yang diceritakan oleh ayahku sewaktu majlis sambutan jubli emas Pas terengganu yang dibuat di kawasan Dungun.Pada masa itu MDD telah mencabut bendera yang dipasang di sekitar bandar Dungun.Pemuda2 Dungun pada masa itu diarahkan untuk mengawal tempat sambutan tersebuat dan mempertahankan bendera2 yang dipasang di tempat tersebut.Ayahku berjumpa dengan 2,3 orang bekas anak muridnya lau mereka berkata "Cikgu kami tunggu arahan pimpinan je,kalau pimpinan kata pergi,kami lawan je org2 yang cabut bendera tu".Walaupun mereka tak pernah mendapat tarbiah secara formal,walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi,walaupun mereka tak pernah membaca kitab2 haraki,namun semangat jihad mereka lebih tinggi dari kita.Taat dan wala' mereka pada pimpinan lebih hebat dari kita.Tsiqah mereka pada pimpinan lebih hebat dari kita.Kita renung balik diri kita yang mengaku sebagai pejuang,pimpinan arah hadir mesyuarat macam2 alasan yang diberi.Pimpinan suruh bentang kertas kerja dan jadi pengisi program beribu2 alasan diberi.Adakah kita layak mengaku sebagai seorang pejuang??Di kala pimpinan mengusulkan idea Kerajaan Perpaduan macam2 komen yang kita beri.Kononnya2 kitalah yang paling sayang pada Parti.Konon2nya kita yang paling teruk menerima ancaman dari Umno,sedangkan dikala pimpinan mesyuarat sampai pukul2,3 pagi kita asyik megulit mimpi atas katil.Di kala, masa pimpinan lebih banyak atas jalan mengisi setiap program parti,kita sibuk dengan keluarga dan mencari harta.Adakah kita layak mengaku kitalah ahli gerakan yang paling sayang pada gerakan.Adakah kita layak mengaku kitalah yang paling banyak berjuang untuk Islam??

3. Sewaktu balik ke Malaysia baru2 ini,aku sempat berbual dengan 2 orang tenaga penggerak pemuda Dun Sura.Aku kagum dengan semangat dan Istiqamah mereka dalam perjuangan mendaulatkan Islam.Walaupun duit tak berapa ada,dan gaji yang sedikit bekerja sepenuh masa dengan parti.Namun itu tak menjadi masalah pada mereka untuk terus menjadi murabituun demi melihat Perjuangan Islam ini terus berjaya dalam persada politik tanah air.Namun,mereka sedih dengan sikap 2,3 org kawan yang mendapat tarbiah di kampus, tapi x berjaya menginfakkan diri mereka untuk mengerakkan pemuda kawasan.Last2,pusing2 mereka berdua juga yang buat kerja dari awal tahun sampai akhir tahun.Ayuh sahabatku buanglah ego kita,walaupun kita ni pimpinan kampus,walaupun kita mendapat tarbiah 1st class, dan org2 kampung kita x berapa alim mana, x berapa tsiqah mana,tapi tanggungjawab untuk memipin dan membimbing mereka atas bahu kita semua.Kalaulah kita ni bergaji tinggi,kalaulah kita ni alim yang dihormati,namun kalau kita tak sanggup menginfaqkan diri pada Islam,xder guna harta yang bertimbun,xder guna ilmu yang melambung.

Ayuh para sahabat,rapatkan saf perjuangan kita. Mantapkan ukhwah Islamiah sesama kita. Perjuangan ini masih jauh dan panjang. Aku teringat kalam muhaimin sulam: "Pas makin kuat,Islam makin lemah" jalan dakwah kita masih panjang dan berliku2. Masyarakat di luar sana menunggu2 kita sebagai agen dakwah dan agen perubahan. Istiqamahlah kita pada Perjuangan Islam,walau di mana kita berada. Taat dan wala'lah pada pimpinan walaupun idea mereka tak berapa kita setujui. Ingat pesan Saidina Umar; "Tidak ada jemaah tanpa pimpinan,Tidak ada pimpinan tanpa ketaatan".Aku akhiri kalam ini dengan ucapan penggulungan Ust Din Tantawi,ketua DPPP :


Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :


من أنصاري إلى الله


Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt .

Insyaallah , Pemuda - pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :


نحن أنصار الله



Kamilah pembantu - pembantu [ pejuang ] Agama Allah swt


Ya Allah Tuhan yang mebolak-balikkan hati ini,Tsabatkanlah hati ini atas ketaatan pada-Mu dan Jihad pada jalan- Mu