Tuesday, June 2, 2009

LAWAN ARUS 1

ADAKAH WAHABI TALI BARUT BRITIS FREEMASON 1 ???

Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Orde.

Barat dan Islam mempunyai era yang panjang dalam kesesuaian antara mereka, namun sejarah telah diubah untuk menjana mitos “Pertembungan Ketamadunan” (Clash of Civilazation). Dalam perancangan untuk membakar sentimen Barat untuk menentang Islam, kesemua perhatian kita telah difokuskan ke arah sifat-sifat Wahabi yang fanatik, atau lebih spesifik, kita diarah memperkatakan tentang individu yang direka personalitinya oleh golongan Freemason iaitu Osama Bin Laden.

Peter D. Goodgame (Penulis Buku Konspirasi Politik)

Bagaimanapun, menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara Pecah dan Perintah (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.

Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.

Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat kefanatikan dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.

Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, (Kanan) Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaan,

Bagaimana pun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, Brish amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.

P/S: artikel ini aku kutip dari http://dajjal.wordpress.com,just nak buka pada perbincangan dan pembuktian dengan dalil2 yang kukuh,pandangan yang aku kemukakan dalam artikel ini bukan mengambarkan pandangan peribadi aku tapi untuk membuka sudut pandang yang lain dalam diskusi isu ini.


Sunday, May 31, 2009

IMBAU SEJARAH 3

GOLONGAN KIRI: PEJUANG ATAU PETUALANG SIRI 3

LAGENDA MAT INDERA

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.


Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda.Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera.Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong.Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga.Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.


Manakala menurut cerita orang ,kali pertama kena tangkap,Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk,semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.Peristiwa kali kedua pula,Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap,apabila beliau menyentu rumput,dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib.Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung.

P/S: artikel ini dipetik dari blog lanalestari.blogspot.com,kisah perjuangan mat indera yang dituduh dalang tragedi bukit kepong


IMBAU SEJARAH 2

GOLONGAN KIRI: PEJUANG ATAU PETUALANG SIRI 2

Berhenti berteduh di Yayasan Aman, Penanti membawa saya bertemu ‘orang dalam’ Temerloh sendiri.

Ahmad Nizam Hamid @ lanailestari.blogspot.com namanya. Beliau pernah bertemu Abu Samah, Abdullah Cd dan Rashid Maidin waktu hayat mereka masih hidup.

Disebabkan isu kepulangan Chin Peng kuat ditentang pemerintah, saya mengambil kesempatan bertanya terus tentang PKM dan sejarah perjuangan Malaya.

  1. Antara alasan pemerintah mengatakan PKM ganas dan membunuh polis dan orang ramai berdasarkan peristiwa di Bukit Kepong. Yang mencanang peristiwa itu adalah PKMBR dan British sendiri. Jika dilihat dalam memoir tulisan Suriani, Abdullah CD, Rashid Maidin; pengisytiharan take over Malaya oleh PKM 14 hari sendiri ditentang oleh tokoh-tokoh itu.
  2. Abu Samah sendiri menjelaskan bahawa PKM disertai oleh 3 entiti utama. Pertama, ahli comunist @ mereka yang berfahaman komunis ekoran menerima pengaruh PKi yang menentang penjajah Belanda. Kedua, ahli-ahli PKM yang menentang British secara gerila melalui Rejimen Ke-10 yang akhirnya menjadikan PKM sebagai platform untuk terus menentang penjajah. Ketiga, Komintang @ kaum perompak yang ganas dan mengambil kesempatan atas pergelutan PKM-British.
  3. Jika PKM (Rejimen Ke-10) dilihat ganas dan membunuh di Bukit Kepong kononnya, lihat bersama kisah Datuk Hussien @ Tok Kie yang diselamatkan oleh Manap Jepun (Rejimen Ke-10) sebagaimana yang dibuktikan sendiri oleh Wan Esah. Boleh dibaca juga lagenda Mat Indera Rejimen ke-10 di Bukit Kepong.
  4. Dipercayai pembunuhan di Bukit Kepong dilakukan sendiri oleh British dengan mengupah Komentang. Rejimen ke10 tidak pernah membunuh anak bangsanya sendiri, kecuali mereka itu sah sebagai pengkhianat dan tali barut British. Perlukah tali barut penjajah dibiarkan hidup atas alasan dia ‘anak Melayu’?
  5. Waktu Malaya diisytiharkan merdeka, pejuang-pejuang melawan British yang menyertai Rejimen ke-10 telah berundur ke Bentong. Yang menarik, pemerintah PKMBR waktu itu telah melancarkan serang hendap ke atas mereka di sana kononnya untuk memerangi PKM. Walhal, Rejimen ke10 telah keluar sempadan Thai. Adakah serang hendap itu atas nasihat (dendam) kolonial juga?
  6. Dalam memoir Burhanuddin sendiri ada tertulis tentang sikap budiman Abdullah CD. Abdullah CD menyokong perjuangan menentang British dengan jalan politik dan banyak membantu PKMM dari segi kewangan. Seperti PKMM juga, banyak juga bekas-bekas aktivis AWAS, API, KMM dll menyertai PKM (Rejimen ke-10).
  7. Seperti dalam sejarah, KMM waktu dipimpin oleh Ibrahim Yaacob pernah dimanipulasi oleh Jepun. Banyak kenalan-kenalan dalam Api, Awas dan KMM sendiri mengakui hal itu. Perkara yang sama lebih jelas jika ditekuni Biografi Mustafa Husin.
  8. Ibrahim Yaacob banyak dipengaruhi oleh Bapak Sukarno, terutama selepas terlaungnya Sumpah Pemuda Indonesia 1928.
  9. Walaupun Ibrahim cuba membawa KMM menyertai perjuangan menentang penjajah seperti di Indonesia, namun Sukarno sendiri mempunyai kepercayaan tersendiri tentang perjuangan melawan penjajah di Malaya. Pertama, Malaya dilihat tidak mempunyai persiapan padu secara gerila menentang penjajah. Kedua, Sukarno sendiri banyak dipengaruhi oleh sejarah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang akhirnya menganggap Malaya-Indonesia tidak perlu digagaskan bersama pada tahap awalnya
  10. Waktu Indonesia merdeka, Ibrahim dilaporkan berhijrah ke Indonesia dengan sejumlah wang dan emas tertentu yang sempat diambil daripada Jepun. Ditanya kepada Ishak Hj Mohammad @ Pak Sako tentang mengapa beliau berbuat sedemikian, jawab tokoh itu, “Dia masih budak-budak lagi…” Selepas Indonesia Merdeka, Ibrahim diangkat menjadi MP dan dijulang sebagai ‘Dr. Indera Muda’ berdasarkan rekod perjuangannya di Malaya-Indonesia menentang penjajah.

Sekadar perkongsian…

p/s: artikel ni ak petik dari http://zainulfaqar.wordpress.com,hopefully dapat bgi input baru mengenai perjuangan golongan kiri

Wednesday, May 27, 2009

IMBAU SEJARAH 1

GOLONGAN KIRI: PEJUANG ATAU PETUALANG SIRI 1

Blog ni dah lama bersawang tidak diupdate dengan tulisan yang aku sendiri garapkan.Isu yang aku nak bangkitkan pada hari ini berkenaan golongan kiri.Mungkin ada sahabat-sahabat yang tak pernah dengar istilah golongan kiri.Kisah mengenai golongan kiri,aku masih teringat sewaktu berada di tingkatan 2.Pada masa itu,ddalam subjek sejarah kami belajar mengenai perjuangan generasi awal Tanah Melayu untuk menyemarakkan semangat kemrdekaan di kalangan orang melayu pada masa itu.


Di saat itu,aku begitu mengagumi pengasas Kesatuan Melayu Muda,Ahmad Boestaman.Idea Melayu Raya yang dikemukan oleh beliau merupakan satu gagasan besar menyatukan orang melayu di kepulauan Nusantara untuk menentang penjajahan British.Apabila diadakan debat mengenai perjuangan kemerdekaan,aku memprtahankan idea bahawa kemerdekaan yang bermakna hendaklah dicapai melalui perjuangan revolusi rakyat bukannya melalui rundingan damai dengan pihak penjajah.Idea yang aku kemukakan pada masa itu,menyebabkan aku dilabel sebagai seorang yang radikal.


Setelah 50 tahun negara kita merdeka,kita boleh melihat pada hari ini kemerdekaan yang kita capai bukanllah satu kemerdekaan yang hakiki.Kita hanya menyambut kemerdekaan dengan menyemarakkan lagi budaya hedonisme di kalangan rakyat negara ini.Bagi aku selaku generasi muda kemerdekaan yang dicapai hanya melalui rundingan bukanlah satu hakikat merdeka yang bermakna.Ini kerana kemerdekaan yang dicapai melalui rundingan di London seolah-olah mengikat hidung pemimpin negara untuk terus mengikut telunjuk pihak penjajah.Kita boleh lihat pada hari ini,walaupun sudah berkali-kali perdana menteri bertukar tapi dasar yang digunapakai masih mengikut perundangan British.



P/S: xder idea lagi naktulis sambung siri 2 pulak,layan dululah lagu untuk Dr Burhanuddin,salah seorang tokoh golongan kiri