Thursday, March 19, 2009

ISTERI SEORANG PEJUANG

Beberapa hari berlalu (2.10.1997), perginya ke sisi Allah isteri Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuan masyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yang terakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dan kelebihan yang ada padanya.

Jika sekiranya para hukamak mengatakan "Sesungguhnya di belakang setiap lelaki yang hebat, ada wanita di belakangnya ", maka Almarhumah merupakan wanita yang berada dibelakang suaminya, membantu dan mendorong dari belakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walau berdepan dengan ranjau dan duri.
Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak. "Saudari akan menjadi isteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yang pertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya ". Almarhumah bertanya "Siapakah dia?". Ustaz Mursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudari jangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalah tuanku dan aku adalah khadamnya". Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahun Almarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah Ikhwan Muslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwah berkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut.
Suaminya dipenjara selama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapi Almarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini. Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anak kecil kepada almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri. Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafak dan Sumayyah. Jadilah Almarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidik mereka dengan baik. Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, dia mendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu dan akhlaq. Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapi Almarhumah bersungguh-sungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka.
Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjara Wahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayah mereka melalui surat pos. Almarhumah memegang pen di tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi di penjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka " Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna " ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami).Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpan agar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan " Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah ini untuk kamu ).

Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah = dugaan, takyid = sokong ). Beberapa orang dari saudara mara Ustaz Mursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang.Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.
Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian hari raya untuk anak-anak. Untuk menggembirakan mereka, beliau menurunkan beberapa kain langsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga sarung kusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak. Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan theqah kepada Allah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayah dalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikan anak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjara kepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain.
Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambung perjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyid yang sentiasa pergi ke merata tempat dalam dan luar Mesir berdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namun Almarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan di hari-hari yang kebiasaannya ahli keluarga berkumpul seperti berbuka di bulan Ramadhan, beliau berkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak dakwah lain yang mengundang si suami. Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suami terhadap anak-anak dakwah di mana sahaja mereka berada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dan anak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka. Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasa berharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahun Almarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail. Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersama Allah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaan dia redha lagi diredhai olehNya.
Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat ke atasnya dan mengurniakan kesabaran ke atas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kita tidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai oleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun (Kita dari Allah, dan kepadaNya kita akan kembali).



Monday, December 29, 2008

Kalamku Kembali

Alhamdulillah..Setelah sekian lame menghilangkan diri akhirnya aku mampu utk menyambung kembali blog ini..InsyaAllah bermulanya tahun baru ini, ianya akan dimuatkan dgn pelbagai isu2 yg kiranya mmpu memuaskan hati pembaca..

Harapanku moga2 kehadiran tahun bru ini mmpu m'bri satu suntikan kpd kita utk terus menegakkan agama Allah..Segala yang berlalu dapatlh dijadikan satu pemangkin utk terus berubah kearah seorang hamba yang pastinya disukai dan dirindui oleh Allah taala..

Pastinya tahun baru ini juga akn m'jd bukti teetegaknya ISLAM spt yg dijnjikn oleh Rasulullah..Ternyata kebangkitan ISLAM semngkn m'jd realiti dan obor ISLAM yg dahulunya suram kini sdh mula mengeluarkan cahayanya..
-PENA GHULAM-

Thursday, September 25, 2008

Kalam Pimpinan 3


Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda akan marah jika digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.Kita dalam PAS jangan jadi budak - budak nakal. Malu kita..

Nik Abduh Nik Abd Aziz,Exco Dewan Pemuda Pas Pusat



TAZKIRAH 3

Bila Berjanji Sebutlah Insyaallah

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu : sesungguhnya aku akan memberitahu atau mengerjakan esok pagi.Kecuali dengan menyebut Insyaallah dan ingatlah kepada tuhanmu apabila kamu lupa dan katakanlah : mudah-mudahan tuhanku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya
(Al-Kahfi ayat 23-24)

Apabila ulama membincangkan sebab nuzul ayat ini adalah apabila musyrikin Quraisy selalu bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai beberapa perkara antaranya berkenaan dengan kejadian alam dan kisah-kisah umat terdahulu,lalu Allah S.W.T terus menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W bagi menjawab pertanya tersebut.Ini menyebabkan baginda S.A.W berasa yakin bahawa wahyu akan turun setiap kali persoalan diajukan kepada baginda.Beberapa orang pemuka Quraisy telah berjumpa dengan ahli kitab Yahudi di Madinah bagi mengadu mengenai seorang pemuda yang telah mengaku dirinya sebagai utusan Allah di Makkah pada masa itu,lalu ahli kitab telah memberi 3 soalan kepada pemuka Quraisy untuk dikemukakan kepada Rasulullah S.A.W. Antara soalan-soalan tersebut adalah :
  • Kisah Ashabul Kahfi
  • Kisah Iskandar Dzulqarnain
  • Persoalan mengenai roh
Ahli kitab tersebut menyebut bahawa jikalau pemuda tersebut berjaya menjawab kesemua soalan tersebut dia bukanllah utusan Allah dan jikalau dia tidak dapat menjawab kesemua soalan pun dia bukan rasulullah.

Sekembalinya pemuka Quraisy ke Makkah,mereka telah bertanya kepada nabi Muhammad S.A.W mengenai Ashabul Kahfi,lalu Rasulullah S.A.W menjawab esok baginda akan menjawab soalan tersebut,tapi pada malam itu Allah tidak menurunkan wahyu berkenaan perkara tersebut.Rasulullah S.A.W menunggu wahyu diturunkankeesokan harinya namun tidak turun.Pembesar Quraisy telah mengejek bahawa Rasulullah S.A.W merupakan penipu dan ini menyebabkan dada baginda sebak.Hampir 2 minggu barulah Allah menurunkan surah Al-Kahfi bagi menjawab persoalan tersebut dan diakhir kisah Ashabul kahfi Allah telah menyebut ayat ini untuk memberi pengajaran kepada nabi Muhammad S.A.W mengenai adab membuat janji.

Kita semua mesti menyedari bahawa ayat ini bukan sahaja diturunkan kepada Rasulullah S.A.W sahaja tapi juga merupakan panduan kepada umatnya.Kita dapat melihat situasi umat Islam pada hari ini,berpa ramai di antara kita yang menabur janji tapi tidak menyebut Insyaallah.Baru-baru ini kita dihebohkan mengenai pertukaran kerajaan pada 16 September oleh seorang ketua pembangkang namun adakah membuat kenyataan dengan menyebut Insyaallah.Kita mesti menyedari bahawa setiap sesuatu yang terjadi pada hari ini adalah ketetapan Allah dan sesuatu akan berlaku apabila diizinkan oleh Allah.Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

Namun perkara pelik yang terjadi dan menyelubungi pemikiran umat islam pada hari ini bahawa sebutan Insyaallah hanyalah diucapkan apabila kita ingin melanggar janji tersebut.Ini menyebabkan perjanjian yang diucapkan dengan Insyaallah tidak kuat dan tidak dapat dipercayai.Perkara ini merupakan satu kesilapan besar kerana ayat diatas merupakan dalil yang cukup kuat bahawa setiap perjanjian hendaklah disertakan dengan ucapan Insyaallah.Jikalau kita tidak mampu melakukan sesuatu janji hendaklah kita mengelakkan janji tersebut dan janganlah menyebut Insyaallah bagi melepaskan diri.

Marilah kita sama-sama berubah dan mengamalkan adab Islam yang sebenar dan janganlah kita pandai-pandai mengubah sesutau adab yang ditetapkan oleh Allah kerana ini hanyalah memburukkan adab dalam Islam.Kita mesti menyedari bahawa perlakuan kita dipandang oleh orang lain dan jikalau kita seolah-olah menggunakan agama untuk melarikan diri dari sesuatu masalah ini akan memburukkan nama baik Islam itu sendiri.


Tuesday, September 23, 2008

Bicara Haraki

Wala' Pada Pimpinan

Entah kenapa hati ini berdebar-debar melihat bicara politik dikalangan ahli-ahli gerakan Pas di dalam internet.Situasi pada hari ini seolah-olah ada yang terlalu ghairah membicarakan hal pertukaran kerajaan sehingga melupakan adab-adab berjamaah.Dalam hati aku adakalanya terdetik adakah kita berjuang dalam Pas untuk menjatuhkan Umno semata-mata ataupun untuk mendaulatkan Islam.Kita dapat lihat pada hari ini,bagaimana ada sesetengah ahli dan pimpinan Pas yang hanya menyokong pimpinan yang menyokong plan 16 september sahaja dan mengutuk pimpinan yang tidak senada dengan mereka.

Aku pelik kenapa ada sesetengah ahli yang seolah-olah tidak memahami bahawa Pas sebagai gerakan Islam ada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam membuat sesuatu keputusan dan para pimpinan parti tidak akan berbuat satu keputusan tanpa merujuk pada syura.Sebagai ahli jamaah kita mestilah wala' pada keputusan pimpinan yang berlandaskan syura walaupun tidak sesuai dan mengikut kemahuan kita.Sedarlah bahwa keputusan yang diputuskan melalui syura merupakan keputusan terbaik kerana mendapat rahmat dan redha dari Allah.

Beberapa hari lagi kita akan berada dalam bulan Syawal,marilah kita merenung balik peristiwa perang Uhud yang berlaku pada bulan tersebut.Kerana menyangka tentera Islam telah menang,ada diantara pasukan pemanah telah alpa pada perintah Rasulullah agar tidak meninggalkan tempat mereka kerana merebut harta ghanimah,akhirnya Khalid Al Walid telah berjaya mengucar-kacirkan tentera islam.Seperti yang kita ketahui tentera Islam terpaksa berundur ke arah suatu teluk di bukit Uhud bagi menyusun tindakan baru.Cara ini akhiranya berjaya menyelamatkan keadaan.

Marilah kita sama-sama ambil iktibar dari peristiwa Uhud agar kita sama-sama perkemaskan balik gerakan kita.Marilah kita sama-sama wala' pada arahan pimpinan selagi tidak bertentangan dengan syara'.Terimalah apa sahaja keputusan yang dibuat oleh jamaah dengan fikiran terbuka kerana jamaah tidak akan memutuskan apa-apa keputusan tanpa syura dan memikirkan baik dan buruk.Selain itu juga,kukuhkan ukhwah sesama kita kerana kekuatan ukhwah sesama kitalah yang memperkukuhkan jamaah yang kita dokongi ini.Insyaallah selagi jamaah ini berpegang pada Al-Quran dan Sunnah selagi itulah perjuangan yang kita dokongi mendapat mardhatillah.


Kalam Pimpinan 2

Pada sepuluh malam terakhir Ramadhan,umat islam digalakkan menghidupkan malam itu kerana Allah SWT akan kurniakan satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar.Nabi Muhammad S.A.W sepanjang malam terakhir berjaga dengan mengisi amal ibadat melakukan qiamullail,membaca al-Quran dan berdoa.Malah nabi pernah mengar Siti Aisyah doa pendek sepanjang malam : "Ya Allah,kamulah maha pengampun dan maha pemurah,maka kamu menyukai keampunan maka ampunilah kesalahanku" .Bacalah doa ini berulang-ulang untuk mohon keampunan dan kemaafan kepada Allah.Kerana malam itu adalah malam lebih baik dari 1000 bulan

petikan kata: Ustaz Ahmad Awang,Naib Presiden Pas dalam harakah bilangan 1377

Monday, September 22, 2008

TAZKIRAH 2

Oh Ramadhan 1

Sedih mengenangkan Ramadhan sudah hampir ke penghujung.Dalam hati ini terdetik adakah Ramadhan kali ini merupakan medan tarbiah terbaik untuk diriku atau Ramadhan kali ini akan berlalu begitu sahaja tanpa memberikan sedikit makna kepada diriku.Sepanjang berada di tanah air aku dapat melihat seolah-olah masyarakat memandang enteng bulan Ramadhan

Ramadhan bukan sahaja bulan puasa tapi Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran.Namun berapa ramai yang sedar mengenai perkara ini.Kita menyambut nuzul Al-Quran tapi kita sendiri tidak bersedia menerima hukum-hukum dari Al-Quran.Pada bulan inilah kerasulan nabi Muhammad S.A.W bermula selepas turunnya wahyu yang pertama.Ini merupakan sejarah besar ketamadunan dunia kerana pada saat inilah cahaya Islam mula menerangi dunia.Pada saat inilah bermulanya satu era yang bakal merubah keadaan dunia pada masa itu dan masa-masa yang akan datang.Namun berapa ramai diantara kita yang sedar mengenai perkara ini.Aku teringat kalam Ibrahim bin Adham bahawa ada 5 tahap manusia menghargai peranan al-Quran:
  • Mereka membaca Al-Quran
  • Mereka menghafaz ayat-ayat Al Quran
  • Mereka mendalami makna-makna ayat Al-Quran
  • Mereka mempelajari tafsir ayat Al-Quran
  • Mereka meyakini bahwa Al-Quran adalah penyelesaian kepada setiap masalah dalam kehidupan manusia
Kita tanya pada diri kita pada hari ini adakah kita telah menjadikan 5 perkara tersebut sebagai rutin harian kita.Ingatlah bahwa runtuhnya tamadun Islam pada hari ini kerana meninggalkan ajaran Al-Quran