Wednesday, April 7, 2010

PERKEMBANGAN AWAL PAS

Di awal penubuhannya, PAS telah berkembang pesat di negeri Perak terutama di sebelah Perak Utara dan juga di Seberang Perai, Pulau Pinang. PAS mula dikembangkan di Kelantan oleh seorang ahli bomba iaitu Amaluddin Darus yang mula menubuhkan PAS cawangan Pasir Mas. Seterusnya PAS mula berkembang subur di negeri itu apabila mendapat sokongan daripada guru-guru pondok yang mempunyai pengaruh besar dikalangan masyarakat negeri itu. Dalam persidangannya di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tarikh 4 Januari 1953, parti itu telah menggariskan matlamat utama perjuangannya iaitu untuk menegakkan sebuah negara yang merdeka berlandaskan ajaran Islam serta matlamat- matlamat lain seperti berikut :
  1. Berusaha dengan kuat untuk memperkenalkan kepada rakyat jelata akan kemerdekaan yang tulen serta menanamkan ke dalam jiwa mereka semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara mencapainya

  1. Berusaha dengan kuat memperkenalkan demokrasi yang sejati dan menyatakan faedah-faedahnya kepada negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semangat demokrasi ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara bagi mencapai demokrasi

  1. Mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan menjalankan tanggung jawab yang berkaitan dengan Agama Islam

  1. Berikhtiar memperkenalkan diri PAS sebagai mewakili Umat Islam Melayu kepada alam Islamiyah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengannya samada dalam perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya

  1. Berikhtiar melaksanakan hukum-hukum Islam

1 comment:

Anonymous said...

kau ni sibuk dengan PAS.
Peribadi mereka-mereka yang nak menegakkan daulah islam ini kau tak kisah.

Bila timbul isu isma, engkaulah juara mengutuk isma.

Marilah sejenak merujuk manhal hasan al-Bana.

Kalaulah dapat aku mulakan negara islam dengan mewujudkan bi'ah solehah macam kt kisas dahulu...