Sunday, May 31, 2009

IMBAU SEJARAH 2

GOLONGAN KIRI: PEJUANG ATAU PETUALANG SIRI 2

Berhenti berteduh di Yayasan Aman, Penanti membawa saya bertemu ‘orang dalam’ Temerloh sendiri.

Ahmad Nizam Hamid @ lanailestari.blogspot.com namanya. Beliau pernah bertemu Abu Samah, Abdullah Cd dan Rashid Maidin waktu hayat mereka masih hidup.

Disebabkan isu kepulangan Chin Peng kuat ditentang pemerintah, saya mengambil kesempatan bertanya terus tentang PKM dan sejarah perjuangan Malaya.

  1. Antara alasan pemerintah mengatakan PKM ganas dan membunuh polis dan orang ramai berdasarkan peristiwa di Bukit Kepong. Yang mencanang peristiwa itu adalah PKMBR dan British sendiri. Jika dilihat dalam memoir tulisan Suriani, Abdullah CD, Rashid Maidin; pengisytiharan take over Malaya oleh PKM 14 hari sendiri ditentang oleh tokoh-tokoh itu.
  2. Abu Samah sendiri menjelaskan bahawa PKM disertai oleh 3 entiti utama. Pertama, ahli comunist @ mereka yang berfahaman komunis ekoran menerima pengaruh PKi yang menentang penjajah Belanda. Kedua, ahli-ahli PKM yang menentang British secara gerila melalui Rejimen Ke-10 yang akhirnya menjadikan PKM sebagai platform untuk terus menentang penjajah. Ketiga, Komintang @ kaum perompak yang ganas dan mengambil kesempatan atas pergelutan PKM-British.
  3. Jika PKM (Rejimen Ke-10) dilihat ganas dan membunuh di Bukit Kepong kononnya, lihat bersama kisah Datuk Hussien @ Tok Kie yang diselamatkan oleh Manap Jepun (Rejimen Ke-10) sebagaimana yang dibuktikan sendiri oleh Wan Esah. Boleh dibaca juga lagenda Mat Indera Rejimen ke-10 di Bukit Kepong.
  4. Dipercayai pembunuhan di Bukit Kepong dilakukan sendiri oleh British dengan mengupah Komentang. Rejimen ke10 tidak pernah membunuh anak bangsanya sendiri, kecuali mereka itu sah sebagai pengkhianat dan tali barut British. Perlukah tali barut penjajah dibiarkan hidup atas alasan dia ‘anak Melayu’?
  5. Waktu Malaya diisytiharkan merdeka, pejuang-pejuang melawan British yang menyertai Rejimen ke-10 telah berundur ke Bentong. Yang menarik, pemerintah PKMBR waktu itu telah melancarkan serang hendap ke atas mereka di sana kononnya untuk memerangi PKM. Walhal, Rejimen ke10 telah keluar sempadan Thai. Adakah serang hendap itu atas nasihat (dendam) kolonial juga?
  6. Dalam memoir Burhanuddin sendiri ada tertulis tentang sikap budiman Abdullah CD. Abdullah CD menyokong perjuangan menentang British dengan jalan politik dan banyak membantu PKMM dari segi kewangan. Seperti PKMM juga, banyak juga bekas-bekas aktivis AWAS, API, KMM dll menyertai PKM (Rejimen ke-10).
  7. Seperti dalam sejarah, KMM waktu dipimpin oleh Ibrahim Yaacob pernah dimanipulasi oleh Jepun. Banyak kenalan-kenalan dalam Api, Awas dan KMM sendiri mengakui hal itu. Perkara yang sama lebih jelas jika ditekuni Biografi Mustafa Husin.
  8. Ibrahim Yaacob banyak dipengaruhi oleh Bapak Sukarno, terutama selepas terlaungnya Sumpah Pemuda Indonesia 1928.
  9. Walaupun Ibrahim cuba membawa KMM menyertai perjuangan menentang penjajah seperti di Indonesia, namun Sukarno sendiri mempunyai kepercayaan tersendiri tentang perjuangan melawan penjajah di Malaya. Pertama, Malaya dilihat tidak mempunyai persiapan padu secara gerila menentang penjajah. Kedua, Sukarno sendiri banyak dipengaruhi oleh sejarah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang akhirnya menganggap Malaya-Indonesia tidak perlu digagaskan bersama pada tahap awalnya
  10. Waktu Indonesia merdeka, Ibrahim dilaporkan berhijrah ke Indonesia dengan sejumlah wang dan emas tertentu yang sempat diambil daripada Jepun. Ditanya kepada Ishak Hj Mohammad @ Pak Sako tentang mengapa beliau berbuat sedemikian, jawab tokoh itu, “Dia masih budak-budak lagi…” Selepas Indonesia Merdeka, Ibrahim diangkat menjadi MP dan dijulang sebagai ‘Dr. Indera Muda’ berdasarkan rekod perjuangannya di Malaya-Indonesia menentang penjajah.

Sekadar perkongsian…

p/s: artikel ni ak petik dari http://zainulfaqar.wordpress.com,hopefully dapat bgi input baru mengenai perjuangan golongan kiri

No comments: