Wednesday, April 8, 2009

KISAH HIDUPKU 1

Dah lama tidak menulis dalam blog ni,namun hari ini entah kenapa terdetik untuk memperkenalkan diriku pada semua pengunjung blog ni.Aku adalah insan yang kerdil namun mempunyai cita-cita dan harapan untuk menjadi seorang pejuang mendamba cinta ilahi.



Aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu,tapi dibesarkan di Dungun,Terengganu.Aku mendapat tarbiah awal dari keluargaku.Pada mulanya diri ini merasa terseksa hidup dalam kelurga yang mengongkong hidupku.Bayangkan waktu menonton tv dikawal dan semua adik beradik lelaki diwajibkan solat di masjid.Namun makin lama diriku merasa beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang memberi tarbiah islamiah pada setiap anaknya.



Ayahku dilahirkan di kampung pedalaman,namun atukku dan nenekku memang orang beragama.Atukku merupakan bilal di kampungnya dan orang yang dihormati dlam kg tersebut.Atukku juga terkenal sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.Menurut mak saudarau,moyangku merupakan keturunan syed yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islam di kawasan tersebut.



Ibuku pula dilahirkan di persisiran pantai,atukku sebelah ibu memang terkenal
sebagai seorang yang baik dan beragama.Beliau merupakan pengikut tariqat naqsyabandi dan terkenal sebagai PakLah baik.Aku tak sempat berkenalan dengan lebih lanjut dengan atukku kerana beliau meninggal sewaktu umurku 10 tahun.Namun saat aku bersama beliau aku memang pernah melihat kesungguhan atukku mendekatkan dirinya pada Allah S.W.T.



Namun walaupun berasal dari tempat berlainan dan perwatakan yang berbeza,mereka merupakan pejuang agama Allah.Kedua-dua atukku merupakan penyokong PAS.Walaupun org kg mereka terkenal dengan semangat kebangsaan bersama UMNO,namun mereka tetap Istiqamah dalam memperjuangkan Islam.



Aku berpendapat pembentukan peribadi seorang anak yang soleh mestilah dilahirkan dari kedua-dua ibu bapa yang soleh.Jarang2 berlaku ibu bapa yang meninggalkan hukum hakam agama dan mengabaikan pendidkan agama dalam diri anak2 mereka mampu melahirkan anak yang soleh.Betullah kata2 hukama' pembinaan baitul muslim mestilah melalui pembinaan Fardhi muslim.Aku ingin berpesan pada diriku dan diri sahabat-sahabat sekalian marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita sebagai persediaan sebagai ibu bapa yang mampu memberi tarbiah yang baik kepada anak-anak yang menjadi beban amanah kepada setiap ibu bapa

3 comments:

mika said...

takbir!!

Anonymous said...

hidop kudinggg...

Neo said...

kuding pah lalu!!